tag:blogger.com,1999:blog-4450698421843123502024-03-05T03:37:18.500-08:00Info Pendidikan | Remaja | KampusSumber dari akhbar tempatanZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.comBlogger357125tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-54158494228675409282018-07-01T19:47:00.000-07:002018-07-01T19:47:22.529-07:00Misi Maszlee sebagai menteri pendidikan

Wartawan Malaysiakini |
Diterbitkan <time content="2018-05-22T17:13:00" datetime="2018-05-22 17:13:00" itemprop="datePublished" pubdate="">22 Mei 2018, 5:13 petang</time> |
Dikemaskini <time content="2018-05-22T17:23:04" datetime="2018-05-22 17:23:04" itemprop="dateModified" pubdate="">22 Mei 2018, 5:23 petang</time>

<time content="2018-05-22T17:23:04" datetime="2018-05-22 17:23:04" itemprop="dateModified" pubdate=""> </time>

WAWANCARA | Tidak melihatnya
sebagai masalah yang perlu diselesaikan, Menteri Pendidikan baru Maszlee
Malik percaya dengan kaedah memanfaatkan kekuatan sistem pendidikan
sedia ada yang berbeza-beza.

Walaupun terlalu hijau dalam politik - bekas ahli akademik itu
menyertai BERSATU hanya tiga bulan lalu - Maszlee yakin mampu menjaga
sistem sekarang dan pada masa sama mengembangkan kaedah bagaimana
sekolah yang pelbagai jenis dapat berkerjasama ke arah kebaikan.

Dalam wawancara pertamanya sejak dinamakan untuk portfolio itu Jumaat
lalu, Maszlee menjelaskan rancangannya untuk "menghubungkan" aliran
sekolah yang berlainan serta kaedah rundingan dalam aspek tadbir urus.

"Saya di sini bukan untuk memaksakan peraturan atau regimentasi terhadap sekolah.

"Apa saja aliran sekolah yang kita ada, visi saya adalah untuk cuba menghubungkan antara satu sama lain.

"Kita ingin meraikan perbezaan yang ada, jadikannya sebagai kekuatan
bukan kelemahan, dan jadikannya faktor penyatuan bukan perpecahan,"
katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara di rumahnya.

Selain sekolah kebangsaan di mana bahasa Melayu menjadi medium
pengajaran, sistem pendidikan Malaysia turut terdiri daripada sekolah
jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah agama, pendidikan di rumah (homeschool) serta pelbagai sekolah antarabangsa dan swasta.

Berbanding memansuhkan sekolah vernakular seperti yang dicadangkan
sesetengah pihak, Maszlee yakin cara yang lebih baik untuk memupuk
semangat muhibah dan kesatuan adalah dengan mewujudkan kerjasama antara
sekolah berbeza aliran.

"Misalnya, saya ingin melihat sekolah agama dan sekolah Cina
mengadakan program bersama; sekolah Tamil menyertai acara sekolah
mubaligh, sekolah antarabangsa berkerjasama dengan sekolah Orang Asal,"
katanya.

Beliau juga membangkitkan pewujudan masyarakat yang fasih banyak
bahasa tetapi tidak menjelaskan sebarang kaedah secara spesifik.

"Salah satu kekuatan Malaysia adalah kita hidup dalam masyarakat
pelbagai bahasa. Kita perlu raikannya dan gunakan sebagai kekuatan dan
menyemai budaya masyarakat pelbagai bahasa.

"Untuk melakukannya, kita perlu jadikan pembelajaran bahasa sesuatu yang menyeronokkan," katanya lagi.

Maszlee yang berdarah Melayu-Cina menghantar anak-anaknya ke sekolah jenis kebangsaan Cina.

Pengajian Islam yang lebih moderat

Maszlee yang juga ilmuwan Islam mahu mereformasikan pengajian Islam di negara ini, bermula di sekolah Tahfiz.

"Kita perlu mengubahsuai wacana Islam arus perdana yang diamalkan
umat Islam di Malaysia, kita perlu membawa unsur yang lebih moderat dan
progresif.

"Kita akan cuba memastikan pelajar, bukan sahaja di tahfiz tetapi di
semua sekolah, akan belajar untuk saling hormat-menghormati tanpa
mengira kaum dan agama," katanya lagi.

Sebelum menyertai BERSATU, Maszlee merupakan pensyarah kanan di
Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
UIA di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau mendapat ijazah sarjana muda dari Universiti al-Bayt, Jordan
dalam bidang fiqh dan usul fiqh, sebelum menyambung pengajian peringkat
sarjana di Universiti Malaya untuk bidang yang sama.

Pada 2011, beliau mendapat ijazah kedoktoran di School of Governments
and International Affairs (SGIA) di University of Durham, United
Kingdom.

Beliau pernah terlibat dalam badan seperti institut Hal Ehwal Ekonomi
dan Demokrasi (IDEAS), Penang Institute dan menjadi felo di Institute
of Southeast Asian Studies (Iseas) University of Singapore.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata sesetengah mata pelajaran, seperti
Bahasa Malaysia dan Sejarah, akan diseragamkan untuk sekolah tahfiz, dan
lepasan sekolah itu akan ditawarkan kursus dalam lapangan vokasional
dan semivokasional agar mereka bersedia memasuki alam pekerjaan.

Soal pengawalan dan keselamatan di sekolah tahfiz - soal yang menjadi
tumpuan seluruh negara selepas tragedi kebakaran di sebuah sekolah dan
kematian seorang murid di sebuah lagi tahfiz akibat didera guru - juga
akan diberi tumpuan.

"Infrastruktur sekolah tahfiz perlukan pengawalan, itu sudah ada...tetapi kita perlu penguatkuasaan.

"Penguatkuasaan sepatutnya bukan saja oleh Kementerian Pendidikan
tetapi semua agensi, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya
lagi.

Sumber : Malaysia Kini ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-13951903028506594642018-07-01T19:42:00.002-07:002018-07-01T19:42:57.754-07:00KENALI MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DR.MASZLEE MALIK

<time class="entry-time" datetime="2018-05-21T12:41:20+00:00" itemprop="datePublished"></time>Alhamdulillah,
aku rasa ramai rakyat Malaysia gembira dengan berita perlantikan
Dr.Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang Baru. So, apa
kata kita berkenalan dengan beliau.

Dr. Maszlee Malik dilahirkan di Johor
Bahru. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul
Rahman (STAR) (2) dan kemudiannya ke Maktab Sultan Abu Bakar (English
College).

Pada tahun 1989, beliau telah menyertai
Madrasah al-Quran Waddin dan kemudiannya ke Maahad Johor. Setelah itu
permusafiran ilmunya dilanjutkan ke Jordan sehingga berjaya mendapatkan
ijazah sarjana muda dari Universiti Al al- Bayt, Jordan dan kemudiannya
meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya.

Kedua- duanya dalam bidang Fiqh dan Usul
al-Fiqh. Dengan izin Allah, Maszlee Malik telah melanjutkan pelajaran
di School of Governments and International Affairs (SGIA) di University
of Durham pada tahun 2007 dan mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang
Good Governance pada tahun 2011.

Kini Maszlee Malik merupakan pensyarah
kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains
Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau telah
berkhidmat di sana semenjak tahun 2000.

Maszlee Malik juga merupakan ahli
Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID), ahli Dewan Perwakilan Nasional
Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan penasihat ahli lembaga kepada beberapa
NGO dan badan pendidikan seperti Teaching for the Needs (TFTN), Pusat
Pendidikan Downsyndrome Orkids (ORKIDS), Pertubuhan Darul Fitrah, IDEAS
Autism Centre, Lembaga Pusat Pendidikan al-Amin dan juga penaung kepada
Kelab Penyokong Kelab Bola Sepak Manchester City Malaysia.

Di media pula, Maszlee lebih dikenali
sebagai moderator debat dan wacana politik serta penganalisis politik
Timur Tengah, pemikiran politik Islam dan juga gerakan Islam
kontemporari.

“sistem pendidikan kita tidak menjadikan kita manusia yang manusiawi..” Dr.Maszlee Malik

Antara inti pati perbualan antara Astro Awani dengan Menteri Pendidikan yang baru YBhg Dr. Maszlee Malik

1. Konsep kemanusiaan dipentingkan

2. Membangunkan potensi anak-anak

3. Mengwujudkan sekolah wawasan dengan pelbagai potensi utama, dalam masa yang sama masih dalam kumpulan

4. Beban guru dikurangkan. Tugas guru
sebagai pendidik diutamakan bukan lagi dalam masa yang sama jadi kerani
dan lain-lain lagi.

5. Kuantiti pelajar dalam kelas dikecilkan

6. Tidak mengajar ranking dan gred sahaja

7. Bukan exam orientad

8. Beri kuasa autonomi pada guru sebab dalam diri guru memang ada jiwa untuk membantu anak-anak kita

9. Akan pastikan tak ada lagi tugas guru dan pelajar untuk memeriahkan event yang ada menteri

10. Bantuan dari luar perlu untuk membantu anak-anak kita dalam kondisi yang lebih baik

11. Hubungan erat antara masyarakat
dengan sekolah amat penting. Nanti akan ada survey tentang kedatangan
ibubapa dalam meeting sekolah contoh permuafakatan.

12. Mesti munculkan kepercayaan antara ibubapa dengan guru, dan guru dengan ibubapa

13. Mesti wujudkan anak-anak akan berlari ke sekolah dan guru-guru juga suka anak-anak datang ke sekolah

ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-71436816722545541862018-07-01T19:40:00.001-07:002018-07-01T19:43:54.743-07:00Menteri Pendidikan Malaysia 2018

ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-10811486769674242872012-10-08T18:39:00.001-07:002012-10-08T18:39:17.006-07:00UTM lancar sistem rangkaian pengecas kenderaan elektrik

SALLEH Mohd. Nor (dua dari kiri) melakukan gimik pelancaran mengecas kereta elektrik dengan mengunakan MyEV Charger Network System di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Norbik Bashah Idris (kiri) dan Timbalan Naib Canselor UTM, Prof Ir Dr. Mohd. Azraai Kassim (tiga dari kiri).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20121009/ka_01/UTM-lancar-sistem-rangkaian-pengecas-kenderaan-elektrik#ixzz28lJ0zKDX
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-77127907030171622122012-10-08T18:37:00.003-07:002012-10-08T18:37:57.704-07:00Memartabat muzik gamelan, caklempong

Juara keseluruhan caklempong, pasukan SMS Tuanku Munawir membuat persembahan dalam pertandingan Muzik Gamelan Melayu dan Caklempong SBP 2012 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121008/pe_03/Memartabat-muzik-gamelan-caklempong#ixzz28lIhQIrV
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-15549724610568203922012-10-08T18:37:00.001-07:002012-10-08T18:37:26.772-07:00Membetulkan persepsi konsep sekolah asrama

SEORANG pakar akademik pendidikan, John Beamish daripada Linden Boarding Schools menyarankan agar konsep sekolah berasrama di negara ini dinilai dengan skop yang lebih luas dan berhenti mengaitkannya dengan tanggapan lapuk.

Menurutnya, gambaran tradisi yang mengaitkan sekolah berasrama dengan aktiviti buli perlu dikikis dan masyarakat perlu menilai kewujudan sekolah berasrama dari sudut positif.

''Imej sekolah berasrama yang digambarkan sebagai tempat pelajar dibuli oleh pelajar senior perlu dibetulkan kerana aktiviti ini suatu kegiatan yang tidak baik dan perlu dihapuskan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Bukit Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujarnya, biarpun gejala buli sering berlaku di sekolah asrama namun keistimewaan dan kebaikan konsep sekolah berasrama tidak harus dipinggirkan malah perlu dipermoden.

''Apa yang harus dilakukan sekarang adalah kita perlu melakukan perubahan yang lebih moden terhadap sistem sekolah berasrama agar tidak lagi dilihat sebagai satu perkara tradisi.

''Hakikatnya, konsep sekolah berasrama ini banyak kebaikan berbanding keburukan jika kita melihat skop pelaksanaannya secara lebih luas," katanya.

Malah, tegasnya, kajian turut membuktikan pelajar yang tinggal dalam persekitaran sekolah berasrama lebih berdisiplin dan berwawasan tinggi.

Selain itu, ujar beliau, konsep sekolah berasrama sering disalah ertikan dengan menganggap kemudahan itu disediakan khusus untuk membantu membaiki masalah disiplin di kalangan pelajar bermasalah.

''Hakikatnya, banyak kelebihan jika membesarkan anak-anak di sekolah berasrama selain anggapan hanya untuk memisahkan hubungan anak dan ibu bapa serta menekankan konsep memaksa pelajar mencapai keputusan peperiksaan cemerlang," tegasnya.

Namun, kata beliau, konsep pendidikan sekolah berasrama banyak mengkhususkan kepada 'kehidupan untuk belajar' dalam kehidupan harian dan menjadikan pembelajaran sebagai budaya hidup.

''Sekolah berasrama membentuk kehidupan pelajar menjadi lebih baik malah mereka yang pernah mengikuti pembelajaran di sekolah asrama mengakui sanggup mengulangi pembelajaran secara sekolah berasrama," kata beliau.

Pada perkembangan yang sama, Beamish memberitahu, pihaknya berhasrat menganjurkan persidangan pameran menggabungkan beberapa sekolah berasrama berprestij di seluruh dunia November depan di Kuala Lumpur.

Negara yang akan terlibat dalam persidangan itu ialah Kanada, Jordan, Sweden, Switzerland dan Jerman.

Antara objektif utama penganjuran termasuklah menyedarkan masyarakat umum mengenai konsep modenisasi yang perlu diterap dalam penambahbaikan konsep sekolah berasrama.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121008/pe_02/Membetulkan-persepsi-konsep-sekolah-asrama#ixzz28lIZRhZf
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-83730711235339724652012-10-08T18:36:00.003-07:002012-10-08T18:36:55.200-07:00481,424 calon duduki PMR hari ini

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Seramai 481,424 calon di seluruh negara akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai esok hingga 16 Oktober ini.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), daripada jumlah tersebut, 448,436 ialah calon dari sekolah bantuan penuh kerajaan dan 5,846 calon sekolah di bawah agensi kerajaan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Sebanyak 10,051 calon adalah dari sekolah agama tadbiran negeri, 13,728 calon sekolah swasta, 1,151 calon persendirian perseorangan dan 2,212 calon dari Sekolah Agama Rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata kenyataan itu lagi, sebanyak 3,560 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 33,898 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121009/pe_01/481424-calon-duduki-PMR-hari-ini#ixzz28lIQpnbB
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-23270373844687245162012-10-08T18:36:00.001-07:002012-10-08T18:36:25.167-07:00274 pelajar sekolah menengah uji ketahanan diri

KUANTAN 3 Okt. - Seramai 274 pelajar sekolah menengah dari seluruh negara mengikuti Karnival Pendidikan Luar Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah di sini yang berlangsung selama tiga hari baru-baru ini.

Urus Setia karnival tersebut, Norzaini Azlina Zainuddin berkata, setiap negeri akan memilih para pelajar sekolah terbabit untuk menghadiri program itu dengan menyertai pelbagai aktiviti lasak sebagai medan mencabar minda, emosi dan fizikal.

Menurutnya, antara aktiviti yang dijalankan adalah ikhtiar hidup, kembara, paintball, berbasikal, lawatan ke Sungai Lembing dan aktiviti air yang menguji ketahanan diri para peserta.

"Remaja yang berusia 16 tahun sangat gemar dengan aktiviti mencabar, menguji kesabaran dan kecekalan mereka dalam membentuk personaliti masing-masing.

"Sepanjang program itu, mereka diberi peluang menonjolkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam aktiviti yang dipertandingkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, program berkenaan bermatlamat memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam mengikuti aktiviti pendidikan luar secara terancang.

Jelasnya, ia bermanfaat kepada peserta untuk memperoleh kemahiran baru selain menimba pengalaman baru melakukan aktiviti berkenaan di negeri ini.

"Program tersebut secara tidak langsung akan melatih dan memupuk nilai murni para peserta sepanjang aktiviti serta pertandingan yang dijalankan di sini," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121004/pe_03/274-pelajar-sekolah-menengah-uji-ketahanan-diri#ixzz28lIJIU3d
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-83190153350622485262012-10-08T18:35:00.002-07:002012-10-08T18:35:51.000-07:00200 sertai bengkel ADaP persiap murid tahun enam ke sekolah menengah Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121004/pe_02/200-sertai-bengkel-ADaP-persiap-murid-tahun-enam-ke-sekolah-menengah#ixzz28lHyPGDh © Utusan Melayu (M) Bhd

SEBAHAGIAN murid tahun enam dan guru menunjukkan akhbar Utusan Malaysia ketika menyertai Bengkel Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) di Sekolah Kebangsaan Ayer Molek, Melaka, semalam.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121004/pe_02/200-sertai-bengkel-ADaP-persiap-murid-tahun-enam-ke-sekolah-menengah#ixzz28lI3Puzk
© Utusan Melayu (M) Bhd

ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-80578670260239793082012-10-08T18:34:00.002-07:002012-10-08T18:34:45.480-07:00Expoconvo UMP mulai Sabtu hingga 14 Okt.

KUANTAN 4 Okt. - Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Kumpulan Utusan buat julung-julung kalinya bekerjasama menganjurkan Expoconvo 2012 sempena Majlis Konvokesyen UMP ketujuh yang akan diadakan di kampus universiti itu di Gambang dan Pekan dekat sini, bermula Sabtu ini hingga 14 Oktober ini.

Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP, Prof. Dr. Yuserrie Zainuddin (gambar) berkata, program terbesar yang pernah dianjurkan UMP itu disasarkan dikunjungi seramai 30,000 orang.

Dengan publisiti yang diberikan Kumpulan Utusan, saya berharap program ini mampu menarik lebih ramai pengunjung terutamanya penduduk di sekitar Pekan, Gambang dan Lepar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Yuserrie, pembukaan Expoconvo akan dimulakan dengan penganjuran Karnival Sukan Expoconvo yang berlangsung di UMP kampus Pekan pada Sabtu dan Ahad ini.

Katanya, aktiviti lain yang turut diadakan termasuk ceramah kerjaya, senamrobik, bual bicara, aktiviti kerohanian, pertunjukan seni mempertahankan diri dan gerai jualan.

Pengunjung juga katanya, akan dihiburkan dengan persembahan artis seperti Ainan Tasneem; Kumpulan Hijjaz, Khalifah; Nash; Rosma (AF1) dan Shuib Sepah.

Orang ramai turut berpeluang menyaksikan Cabaran Malaysia Book of Records Kayuhan 111 jam tanpa henti melibatkan seramai 111 mahasiswa UMP secara berganti-ganti," ujarnya.

Menurut Yuserrie, penganjuran Expoconvo kali ini diadakan secara gilang-gemilang bagi meraikan sambutan 10 tahun penubuhan UMP tahun ini.

Katanya, majlis perasmian Expoconvo akan diadakan pada 10 Oktober ini di UMP kampus Gambang di sini, oleh Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh yang juga Ahli Lembaga Pengarah UMP.

Majlis Konvokesyen UMP pula jelas beliau, akan disempurnakan Canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 13 dan 14 Oktober di Kompleks Sukan UMP.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Expoconvo 2012, Saiful Bahri Ahmad Bakarim berkata, pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti berselawat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dan Kumpulan Al-Mawlid.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121005/pe_02/Expoconvo-UMP-mulai-Sabtu-hingga-14-Okt#ixzz28lHodH00
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-19501072472242632402012-10-08T18:33:00.002-07:002012-10-08T18:33:57.538-07:00Pencarian Ikon Utusan-UUM bermula

MOHAMED Mustafa Ishak (dua dari kiri) menandatangani plak pelancaran Pencarian Ikon Utusan-Universiti Utara Malaysia sambil diperhatikan oleh Noor Azman Yusuf (kanan) di UUM, Sintok, Kedah, semalam.

KUBANG PASU 4 Okt. - Pencarian Ikon Utusan-Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi mengetengahkan pemimpin dalam kalangan mahasiswa di universiti tersebut kini bermula.

Majlis pelancaran program anjuran akhbar Utusan Malaysia dengan kerjasama Pusat Penginapan Pelajar (SAC) UUM itu disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak di kampus itu, dekat sini hari ini.

Menurut Mohamed Mustafa, inisiatif akhbar itu mengadakan program tersebut sangat baik kerana dapat memberi peluang kepada penuntut universiti menyerlahkan ketokohan mereka.

"Saya percaya universiti bukan sahaja gedung ilmu tetapi sebagai platform kepada mahasiswa menggilap bakat dan ketokohan mereka termasuk menerusi program Pencarian Ikon Utusan-UUM ini," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran tersebut.

Yang turut hadir, Pengarah SAC, Noor Azman Yusuf.

Menurut Mohamed, beliau berharap, ikon yang bakal dinobatkan kelak mampu menjadi contoh kepada mahasiswa khususnya serta generasi muda amnya.

"Ikon yang dicari tentunya bukan seseorang yang cemerlang dalam akademik semata-mata, tetapi dalam perkara lain termasuk kegiatan persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan sumbangan kepada universiti ini," katanya.

Dalam pada itu, Noor Azman berkata, seramai 10 mahasiswa akan dipilih ke peringkat akhir program itu dalam majlis pada 9 Oktober ini.

"Kita menjangkakan menerima sehingga 100 pencalonan namun hanya 10 calon terbaik akan ke peringkat akhir," katanya.

Menurut beliau, pelbagai hadiah menarik ditawarkan bagi pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu seperti wang tunai, plak dan sijil.

Katanya, peserta yang layak ke peringkat akhir tersebut akan mewakili UUM ke peringkat kebangsaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121005/pe_01/Pencarian-Ikon-Utusan-UUM-bermula#ixzz28lHdxenI
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-883960332929661912012-10-08T18:32:00.002-07:002012-10-08T18:32:34.051-07:00Program Iqra' perkasa akademik

YAYASAN Telekom Malaysia (Yayasan TM) dan Yayasan Sofa Negeri Sembilan (Yayasan Sofa) melancarkan Program Iqra' - sebuah program ilmiah bertujuan memperkasa murid melalui pencapaian akademik yang lebih baik di samping menitikberatkan pembangunan modal insan secara menyeluruh, termasuk aspek sahsiah serta kerohanian.

Pengerusi TM, Datuk Dr Halim Shafie berkata, selaras dengan tujuan utamanya iaitu pembangunan modal insan secara menyeluruh, pelbagai program ilmiah berteraskan al-Quran dan as-Sunnah telah dirangka dengan kerjasama Yayasan Sofa.

"Kami harap, usaha ini dapat membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk memperkukuh jati diri, keperibadian dan sifat kepimpinan murid agar menjadi 'role model' kepada murid lain," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran program itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Laksamana Nasir, Seri Menanti, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Fasa pertama Program Iqra' di SK Tunku Laksamana Nasir akan berlangsung untuk tempoh dua tahun bermula dari tahun 2012 sehingga 2014 dan TM telah memperuntukkan sebanyak RM150,000 untuk pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti termasuklah seminar, kelas-kelas ICT serta kursus motivasi untuk manfaat pelajar, guru-guru dan masyarakat setempat.

Selain penyediaan perkakasan, Yayasan TM turut melengkapkan murid dengan kemahiran asas melalui kelas-kelas latihan IT bermula pada bulan September, khusus kepada pelajar tahun 3, 4 dan 5.

Kelas latihan tersebut merangkumi pemasangan dan penyelenggaraan komputer, aplikasi dan pembangunan laman web.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121008/pe_04/Program-Iqra-perkasa-akademik#ixzz28lHIXKq8
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-31952700589637378822012-10-08T18:31:00.002-07:002012-10-08T18:31:19.682-07:00SMK Sultanah Asma rai ulang tahun ke-90

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma meraikan sambutan ulang tahun ke-90 penubuhannya pada tahun ini dengan mengadakan satu majlis pertemuan semula bekas pelajarnya di Hotel PJ Hilton, Selangor pada 25 November depan.

Menurut Pengerusi untuk majlis sambutan itu, Datuk Rahmah Abdul Hamid, ia lebih kepada perjumpaan di kalangan bekas penuntut untuk mengeratkan semula hubungan.

"Pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk mengutip dana bagi tabung kebajikan sekolah melalui jualan meja sempena majlis ulang tahun ke-90 tersebut," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

SMK Sultanah Asma yang pada awalnya dikenali dengan nama Kampong Baharu Girls School (KBGS) kini terletak di Jalan Langgar setelah berpindah dari lokasi asal di Kampung Bahru, Alor Setar, Kedah.

Perpindahan lokasi turut melibatkan perubahan nama dan sekolah baru ini telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada 21 Julai 1957.

Mulai 1959, sekolah rendah dan menengah telah diasingkan.

Sementara itu, Presiden Alumni sekolah berkenaan, Nasriah Maghribi berkata, sambutan ulang tahun ke-90 bermula dengan Pameran Sejarah KBGS/ SMK Sultanah Asma pada April lalu dan disusuli dengan aktiviti lain seperti pertandingan menulis esei serta skrip drama berkaitan sekolah tersebut.

"Pertandingan terbuka kepada staf, bekas pelajar dan pelajar sekolah ini," ujarnya.

Beliau menegaskan, dengan adanya aktiviti tersebut, ia mampu menyemai perasaan sayang dan cinta pada sekolah serta guru-guru yang pernah berbakti di sekolah berkenaan.

"Tradisi menganjurkan majlis ulang tahun ini adalah bukti kami sayangkan sekolah dan cara kami mengukuhkan nilai silaturahim di kalangan pelajar dan juga bekas kakitangan sekolah," jelas Nasriah.

Untuk makluman lanjut dan pembelian meja sila hubungi Nasriah di talian 019-3677116.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120924/pe_03/SMK-Sultanah-Asma-rai-ulang-tahun-ke-90#ixzz28lGvvg7j
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-8444982634960825072012-10-08T18:30:00.002-07:002012-10-08T18:30:24.927-07:00Koperasi SMK (P) St. George diiktiraf Komanwel

Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan St. George (SMKPSG) Pulau Pinang telah diiktiraf Sekretariat Komanwel apabila berjaya meraih tempat kedua Pertandingan Amalan Baik Koperasi Institusi Pendidikan Negara-Negara Komanwel di Mauritius, baru-baru ini.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum berkata, pihaknya berbangga dengan kejayaan koperasi sekolah berkenaan dan wajar dijadikan contoh oleh pihak pengurusan sekolah lain.

Menurutnya, kejayaan sekolah terbabit membuktikan pelajar berminat menceburi bidang perniagaan tanpa mengganggu waktu persekolahan.

"Pengurusan koperasi sekolah itu terbukti berkesan apabila berjaya menambahkan keuntungan tahunan mereka daripada RM6,788 pada 2005 kepada RM131,915 tahun lalu," katanya ketika ditemui di Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.

Mohd. Ali menambah, selain menguruskan kedai buku dan alat tulis, koperasi sekolah berkenaan turut terlibat dengan perniagaan lain seperti kafeteria, kedai mini, kafe siber, pusat kecergasan, khidmat katering, hotel bajet serta pertanian.

Selain itu, menurut beliau, Angkasa akan menambah peruntukan menguruskan koperasi di sekolah-sekolah seluruh Malaysia kepada RM13 juta pada tahun depan berbanding RM9 juta tahun ini.

Ujarnya, peruntukan itu bertujuan memperkasakan koperasi sekolah agar tidak hanya tertumpu pada penjualan alat tulis dan buku sahaja.

Menurutnya, koperasi sekolah mampu menjadi platform menanam minat generasi muda untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan khususnya peruncitan.

Pada masa yang sama, kata beliau, Angkasa mempunyai pasukan khas bertujuan membimbing koperasi sekolah negara ini bagi melebarkan sayap perniagaan mereka melibatkan pelbagai perniagaan lain.

Sementara itu, Pengetua SMKPSG, Shariffah Afifah Syed Abbas berkata, pada Februari lalu, pihaknya dimaklumkan oleh Sekretariat Komenwel bahawa amalan baik yang dilaksanakan koperasi sekolah itu telah disenarai pendek dalam 20 amalan terbaik di bawah program The School Cooperatives: A Training Ground for Future Entrepreneurs.

Katanya, pada Mei lalu, SMKPSG dipilih ke pertandingan akhir menerusi 10 daripada 123 amalan baik yang disenaraikan dalam peringkat itu.

Beliau serta seorang pelajar tingkatan empat, Sharifah Musaisha Aina Syed Mustafa dijemput membuat pembentangan di Mauritius pada 24 Ogos lalu atas tajaan Angkasa.

"Pada pertandingan itu, SMKPSG berjaya meraih tempat kedua daripada puluhan peserta yang mengambil bahagian," katanya.

Beliau berkata, pelajar yang terlibat kini lebih yakin dan dapat berkomunikasi, kreatif serta berinovatif manakala prestasi koperasi juga bertambah baik dari setahun ke setahun dan keuntungan bertambah daripada lebih RM6,000 pada 2005 kepada lebih RM131,000 pada tahun lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120924/pe_02/Koperasi-SMK-P-St-George-diiktiraf-Komanwel#ixzz28lGiwa00
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-90978151677295509632012-10-08T18:29:00.000-07:002012-10-08T18:29:35.465-07:00Pecutan akhir kecemerlangan PMR

SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi Sekretariat Malaysia Prihatin - Utusan Malaysia di SMK Abu Bakar Al-Baqir, Bagan Serai, Perak semalam.

Lebih 200 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mengikuti program pecutan akhir Kecemerlangan Akademik dan Motivasi menghadapi peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Al-Baqir di Bagan Serai, Perak - yang akan diharungi dalam 15 hari lagi.

Program dianjurkan Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP)dan Utusan Malaysia, dihoskan Pengetua SMK Abu Bakar Al-Baqir, Abd Kadir Jalani Mohamad.

Tujuh buah sekolah sekitar Bagan Serai mendapat sentuhan motivasi oleh Dr. Ismail Zain serta guru-guru pakar mata pelajaran yang menurunkan teknik menjawab soalan yang betul supaya tidak tersasar.

Sekolah-sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alang Iskandar, SMK Abu Bakar Al-Baqir, SMK Bagan Serai, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Ar-Ridhwan, SMK Mudzaffar Shah, SMK Gunung Semanggol dan SMK Selinsing.

Abd Khadir memberitahu Utusan Malaysia, beliau berasa bertuah kerana sekolahnya terpilih sebagai hos.

''Kita tahu program ini sangat berfaedah kepada pelajar, terutamanya pada saat-saat genting - iaitu 15 hari lagi - dan boleh menggunakan apa yang diperoleh untuk dilaksanakan semasa peperiksaan.

"Kedua, program ini berjaya mendedahkan sesuatu yang baru berdasarkan pengalaman penceramah dan pergaulan sesama pelajar dari pelbagai sekolah," katanya.

Menurut beliau, peserta program merupakan yang terpilih dan terbaik di sekolah masing-masing

"Mereka merupakan yang cemerlang atau berpotensi cemerlang, ditambah lagi dengan program motivasi pecutan akhir, maka kita berharap hasilnya memberi impak yang besar kepada pelajar cemerlang untuk diri dan sekolah masing-masing," tambahnya.

Beliau memberitahu, asas pemilihan ialah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) zon Bagan Serai.

Sementara itu, Dr Ismail berkata, setiap program yang dijalankan oleh Utusan Malaysia selari dengan aspirasi transformasi kerajaan untuk mengembangkan potensi pelajar.

Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) juga menyatakan pendidikan di Malaysia akan lebih mencabar dengan memberi penekanan kepada kualiti, dan modul program memang menekankan kualiti diri, penonjolan, potensi diri dan sebagainya, kata Dr. Ismail.

Tambah beliau: ''Pemilihan beberapa buah sekolah luar bandar juga sejajar dengan penekanan kepada kesaksamaan pendidikan di bawah laporan itu."

Dalam pada itu, program ini akan diteruskan di beberapa lokasi untuk memberi motivasi kepada calon PMR dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Lokasi bagi program berikutnya di SMK Machang Bubuk, Bukit Mertajamdan SMK Seri Nibong, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 29-30 September.

Seterusnya, program akan diadakan di SMK Tanah Merah, Chuah, Negeri Sembilan pada 20-21 Oktober untuk slot SPM.

Bagi rancangan akan datang, SMP merancang untuk memperluaskan program itu ke negeri-negeri lain seperti Terengganu dan Pahang bagi kawasan Pantai Timur, Johor, Melaka dan seterusnya ke Sabah dan Sarawak.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120924/pe_01/Pecutan-akhir-kecemerlangan-PMR#ixzz28lGNzWbc
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-75673518152413509622012-10-08T18:27:00.000-07:002012-10-08T18:27:12.454-07:00Murid, guru sertai bengkel tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris

SEBAHAGIAN peserta bengkel Membaca Tambahan melibatkan 30 murid dan 10 guru bersama Natalie Hommerton (duduk tengah) bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, di Kuching, Sarawak, semalam.

KUCHING 25 Sept. - Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif menganjurkan bengkel Membaca Tambahan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid di negeri itu.

Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Noor Salwara Khairullah berkata, bengkel itu merupakan kerjasama antara Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D); Osaka Gas Foundation for International Cultural Exchange (OGFICE) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Katanya, bengkel bermula semalam sehingga Khamis ini membabitkan 10 guru dan 30 murid dari seluruh negeri ini.

Bengkel Membaca Tambahan ini dianjurkan sejak 2004 dan sebanyak 40 sekolah di seluruh Sarawak mengambil bahagian.

Ini merupakan inisiatif kementerian dan badan korporat dalam meningkatkan sistem pendidikan negara agar seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Antara sekolah yang terlibat dalam bengkel itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Binyo; SK Rumah Barrau; SK Entayan; SK Sageng dan SK Tangjung Apong.

Beberapa pengisian lain turut diadakan antaranya sesi motivasi bersama angkasawan negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor, melawat Pustaka Negeri dan persembahan drama.

Sementara itu, Pengurus Besar, Operasi dan Kewangan UP&D, Rozita Yusoff berkata, pihaknya bertanggungjawab menjemput ahli panel dari luar negara memberi taklimat kepada guru dan murid-murid.

Kita membawa seorang guru berpengalaman dari United Kingdom, Natalie Hommerton bagi menunjukkan kaedah betul mengajar dan belajar subjek Bahasa Inggeris.

Guru tersebut mengendalikan bengkel menggunakan buku cerita bahasa Inggeris yang mana kaedah itu turut digunakan di sekolah-sekolah di London," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120926/pe_01/Murid-guru-sertai-bengkel-tingkatkan-penguasaan-bahasa-Inggeris#ixzz28lFrkE7s
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-10030124211786920392012-10-08T18:26:00.002-07:002012-10-08T18:26:12.191-07:0080 peratus guru amal budaya penyayang di sekolah

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Hasil kaji selidik Indeks Persepsi Murid (IPM) yang dijalankan Bahagian Pendidikan Kementerian Pelajaran mendapati lebih 80 peratus guru di negara ini mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah.

Menurut Ketua Unit Kaunseling, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Ab. Rahim Othman, peratusan itu hasil maklum balas lebih 2,000 murid sekolah di seluruh negara yang melaksanakan Program Guru Penyayang sejak Februari lalu.

Beliau berkata, kira-kira 87.5 peratus murid mendapati guru-guru di sekolah adalah penyayang dan mengambil berat terhadap mereka.

Ia sesuatu yang positif terhadap pengukuhan dan menambah baik Program Guru Penyayang yang sedang dilaksanakan ketika ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Guru Penyayang Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Tambah Ab. Rahim, peratusan tersebut bukanlah bermakna bilangan guru selebihnya tidak penyayang tetapi belum mengamalkan sepenuhnya budaya tersebut yang ditekankan menerusi program berkenaan.

Kami berharap peratusan itu akan meningkat dengan kesemua guru di negara ini mengamalkan budaya penyayang kerana ia merupakan aset dan sifat profesional yang perlu ada pada seorang guru," jelasnya.

Mengulas mengenai konvensyen tersebut, Ab. Rahim berkata, program selama tiga hari bermula semalam itu bertujuan mendapat maklum balas dan pandangan di peringkat sekolah yang melaksanakan program berkenaan bagi mencari kaedah penambahbaikan.

Ia melibatkan 200 peserta terdiri daripada pengetua dan guru besar, guru kaunseling, guru disiplin, pegawai kaunseling dan disiplin Jabatan Pelajaran Negeri serta wakil persatuan guru," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120927/pe_01/80-peratus-guru-amal-budaya-penyayang-di-sekolah#ixzz28lFiDipp
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-55004502618835832142012-10-08T18:25:00.002-07:002012-10-08T18:25:37.561-07:00RM100j bantu kecemerlangan SABK

KUALA TERENGGANU 30 Sept. - Sebanyak 169 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh negara bakal mendapat manfaat daripada peruntukan RM100 juta melalui Bajet 2013 bagi meningkatkan pembangunan dan tahap pendidikannya.

Timbalan Pengarah Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Kementerian Pelajaran, Wan Ramdzan Wan Mamat berkata, bajet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sesuatu yang cukup menggembirakan kerana banyak usaha boleh dilaku untuk memacu SABK ke arah lebih cemerlang.

Alhamdulillah, bajet yang diumumkan itu adalah berita gembira buat semua SABK di mana Bajet disediakan itu secara kasarnya akan dapat dimanfaatkan untuk pembangunan dan pendidikan SABK," katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan majlis penutup program Nadwah Kepemimpinan Islam SABK Kementerian Pelajaran Peringkat Kebangsaan kali ke-2 di sini hari ini.

Program yang bertujuan memantapkan kepimpinan pelajar itu disertai oleh 300 pelajar dan 32 guru pengiring daripada SABK seluruh negara.

Menurut Wan Ramdzan, pihak kementerian berharap lebih banyak sekolah menengah agama berdaftar di bawah SABK bagi memudahkan mereka mendapat bantuan daripada kerajaan.

Kita akan pujuk sekolah-sekolah yang ada di bawah kerajaan negeri untuk masuk dan berdaftar di sekolah-sekolah kementerian. Misalnya, Julai lalu, sebanyak 25 buah sekolah agama di Johor telah daftar di bawah SABK.

Ada lagi beberapa negeri lain yang akan mengikut jejak langkah Johor seperti Perak dan Pahang. Di Terengganu, semua Sekolah Menengah Imtiaz telah berada di bawah SABK, cuma namanya masih dikekalkan.

Apabila berada di bawah SABK, ada peruntukan kerajaan yang besar melibatkan pembangunan. Kita juga ada menempatkan guru-guru terlatih dan memberi latihan kepada guru yang tidak terlatih," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121001/pe_04/RM100j-bantu-kecemerlangan-SABK#ixzz28lFafmL8
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-28845758380085721542012-10-08T18:25:00.000-07:002012-10-08T18:25:01.955-07:00Konsep guru penyayang tangani masalah disiplin pelajar

Sebahagian daripada guru yang mengikuti Konvensyen Guru Penyayang 2012 memberi tumpuan kepada ceramah oleh ahli panel dalam program itu di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kementerian Pelajaran merancang membudayakan konsep Guru Penyayang di setiap sekolah rendah dan menengah di seluruh negara kerana pelaksanaannya terbukti berkesan dalam menangani gejala disiplin di kalangan pelajar.

Ketua Unit Kaunseling, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Ab. Rahim Othman berkata, program yang diperkenalkan sejak Februari lalu itu terbukti memberi impak positif terhadap perkembangan pembelajaran pelajar.

"Impaknya, pelajar lebih berminat untuk datang ke sekolah setiap hari tanpa berasa sebarang tekanan serta mempunyai hubungan akrab dengan guru dan pihak sekolah.

"Minat itu didorong oleh rasa selesa dengan guru yang sebelum ini dikatakan bersikap garang atau terlalu tegas dengan anak murid mereka,'' katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Guru Penyayang Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Konvensyen itu melibatkan 200 peserta terdiri daripada pengetua dan guru besar, guru kaunseling, guru disiplin, pegawai kaunseling dan disiplin jabatan pelajaran negeri serta wakil persatuan guru.

Menurut Ab. Rahim, konsep Guru Penyayang bertujuan membudayakan sikap kasih sayang di kalangan guru terhadap murid di sekolah dengan harapan besar bahawa murid merupakan aset yang perlu diberi perhatian dan disayangi setiap masa.

Konsep tersebut dilaksanakan melalui tiga amalan iaitu dengan guru-guru mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah, memberi penghargaan kepada murid seperti sambutan hari jadi dan program mentor mentee.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121001/pe_03/Konsep-guru-penyayang-tangani-masalah-disiplin-pelajar#ixzz28lFP2f78
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-78178718585666186242012-10-08T18:24:00.001-07:002012-10-08T18:24:23.594-07:00Iltizam pecutan akhir hadapi peperiksaan SPM

PARA peserta Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi anjuran Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) bersama Utusan Malaysia begitu teruja dengan suntikan semangat saat akhir menjelang 34 hari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan rata-rata bersetuju ia mampu menyegarkan semula iltizam masing-masing untuk menggapai kejayaan cemerlang.

Program dianjurkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong di Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.

Pelajar SMK Seri Nibong, Fairuza Nur Syahira Md Idris berkata program itu sangat bermanfaat dan telah menyuntik semangat kepadanya menjel Anak pesara Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang bercita-cita menjadi doktor itu akan memegang kata-kata Dr. Ismail Zain - penceramah Motivasi Utusan Malaysia - bahawa dalam masa 34 hari ini, pelbagai perkara boleh berlaku dan calon masih boleh melakukan perubahan dalam diri masing-masing.

Berbekalkan keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Fairuza yakin mampu mencatat keputusan cemerlang pada SPM nanti.

Rakannya, Umi Raihanah Che Muhamad Nor, bersyukur kerana diberi peluang mengikuti program berkenaan, dan pesan Dr. Ismail bahawa semua orang perlu ada matlamat dalam hidup, membakar semangatnya untuk mengejar cita-citanya.

Muhamad Najwan Hamidi, pelajar Sains Tulen berkata program itu banyak manfaatnya dan tidak membosankan.

Antara inti pati yang menjadi pegangan motivasi kepadanya ialah tiada pelajar yang pandai dan tiada pelajar yang bodoh.

"Kata-kata Dr. Ismail itu akan menjadikan saya lebih bestari, iaitu bestari ketika belajar dan dalam hidup,'' kata anak pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Muhamad Safwan Mohamad Fakharurazi, peserta dari SMK Jawi memberitahu, program itu menarik perhatiannya kerana kini dia boleh berfikir di luar kotak yang sempit.

"Setiap kali menghadiri program seperti ini, akan menjana pemikiran saya untuk memikirkan perkara- perkara baharu,'' katanya.

Pelajar yang bercita-cita menjadi jurutera bidang teknologi maklumat dan komunikasi itu memuji cara Dr. Ismail menyampaikan ceramahnya yang tidak mengantuk dan mudah difahami.

Nur Syahirah Mohd Fisol juga mengakui suntikan semangat Dr. Ismail banyak memberi suntikan semangat kepadanya pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan.

Kata anak seorang peguam itu, masih belum terlewat untuk menambah baik kekurangan diri dalam tempoh sebulan ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121001/pe_02/Iltizam-pecutan-akhir-hadapi-peperiksaan-SPM#ixzz28lFIE2kf
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-25758435216848139732012-10-08T18:23:00.003-07:002012-10-08T18:23:48.597-07:00Perlu diperluas ke seluruh negara

Sesi melukis bersama Kartunis Utusan Malaysia, Khazim Sulaiman menjadi salah satu tarikan utama kepada peserta program Kecemerlangan akademik dan Motivasi SMP - Utusan Malaysia di SMK Seri Nibong, Nibong Tebal, Pulau Pinang, kelmarin.

Guru Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong di Nibong Tebal, Hasruldani Husain, meyakini program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi Sekretariat Malaysia Prihatin - Utusan Malaysia memberi impak besar dari segi meningkatkan motivasi peserta.

Terdapat kewajaran untuk mengembangkan program itu ke seluruh negara, khususnya dalam kalangan pelajar Melayu.

Ketika ini, program berkenaan diadakan di Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kelantan.

Ujarnya, ketika tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya tinggal 34 hari, maka keperluan untuk memberi fokus kepada teknik menjawab soalan akan menjadi faktor kritikal kepada calon.

Kepada beliau, gabungan kemantapan motivasi oleh pakar Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain dan pengalaman guru-guru pakar subjek merupakan ramuan yang cukup serasi untuk melonjakkan pelajar ke satu tahap baharu yang lebih baik.

"Pelajar selalu menyangka mereka telah cukup bersedia, tetapi setelah mengikuti program seperti ini, mereka mengubah fikiran, sebenarnya masih banyak yang mereka perlu kuasai kalau hendak mendapat semua A,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Teknik menjawab yang betul sepertimana skema pemarkahan adalah satu contoh pengetahuan yang perlu dikuasai pelajar.

Di sekolah, katanya, guru menggandakan usaha menjelang peperiksaan, dan pada setiap hujung minggu pihak sekolah akan menjemput penceramah luar.

Bagi beliau, program pendidikan yang diatur dan dianjurkan oleh pihak Utusan Malaysia memang diikutinya sejak sekian lama, dan apabila wakil SMP menghubungi pihaknya berhubung penganjuran program itu, beliau tidak berpaling lagi.

"Saya sentiasa menggalakkan calon untuk mencuba soalan-soalan yang disediakan oleh Portal Pendidikan Utusan yang mempunyai reputasi yang baik,'' katanya.

SMK Seri Nibong merupakan sekolah kawalan yang terkenal dalam melahirkan atlet acara sukan memanah sebagai sukan berprestasi tinggi.

Bidang kokurikulum turut mengharumkan nama sekolah itu seperti terpilih ke peringkat akhir Forum Remaja Peringkat Antarabangsa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sekolah itu juga muncul selama tiga tahun berturut-turut sebagi terbaik di Seberang Prai Selatan dan lapan yang terbaik di Pulau Pinang.

Antara yang membantu meletakkan sekolah di atas podium termasuklah guru sekolah sendiri yang mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan berstamina.

"Sebagai contoh, jika ada program akademik, mereka akan menunggu sehingga habis program,'' ujar beliau yang mula mengajar di situ sejak 1999.

SMK Seri Nibong mula beroperasi pada 1998.

Peratus lepasan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) turut membanggakan, sambil memberi contoh kalau 170 calon lepasan SPM, 120 berjaya melanjutkan pelajaran.

Beliau memberitahu, pada tahun ini, seramai 177 pelajar sekolah itu menduduki kertas SPM, dan 80 daripadanya menghadiri program anjuran SMP-Utusan Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121001/pe_01/Perlu-diperluas-ke-seluruh-negara#ixzz28lF3auqa
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-45634951736270903352012-10-08T18:23:00.000-07:002012-10-08T18:23:00.184-07:00Pendekatan kreatif cetus minat

Guru pakar Bahasa Malaysia, Marzuki Mohd. Isa menggunakan pendekatan inovatif dan kreatif untuk mengajar teknik menjawab soalan peperiksaan SPM dalam Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi SMP-Utusan Malaysia di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

PELBAGAI kaedah penyampaian inovatif dan kreatif oleh para penceramah profesional menjadikan Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi Sekretariat Malaysia Prihatin dan Utusan Malaysia berada dalam kelasnya tersendiri - selain tidak membosankan.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Chengal dekat Kota Bharu, Kelantan, penceramah subjek kertas Bahasa Malaysia, Marzuki Mohd Isa menselangselikan penyampaiannya dengan lawak jenaka, persembahan multimedia dan paling istimewa, secara spontan menyanyikan lagu ciptaan asal Freddie Aguilar iaitu 'Anak' secara minus one.

Marzuki, dengan pakaian kasual santai, memakai reben hitam, berseluar jeans dan kemeja merah, membuka lantai dengan pantun, perumpamaan, pepatah yang menarik sehingga sesi sebelah petang menjadi hidup dan berkesan.

Sebagai guru pakar Bahasa Malaysia, Marzuki menurunkan segala ilmu tentang persiapan yang sewajarnya ada pada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika menduduki kertas Bahasa Malaysia dan seterusnya mendapat A+.

Antaranya, beliau mencadangkan calon menjawab Bahagian B yang memberi 100 markah berbanding bahagian A yang berupa karangan berdasarkan bahan rangsangan.

Beliau mengupas secara terperinci semua aspek penting dalam kertas Bahasa Malaysia, dan sebahagiannya perlu dihafal supaya calon tidak membuang masa sepanjang 90 minit nanti.

Program kali ini dihadiri oleh 200 calon SPM daripada sembilan buah sekolah iaitu SMK Cengal, SMU (A) Al-Kauthar, SMK Kadok, SMK Long Ghaffar, SMK Pangkal Kalong, SMK (A) Melor, SMK Kok Lanas, SMK Ketereh dan SMK Melor.

Sekretariat Malaysia Prihatin merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang aktif menjalankan aktiviti kesukarelawanan, khususnya dalam kalangan pendidikan.

Lebih 30,000 pelajar sekolah di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada program berkenaan sejak lebih tiga tahun lalu.

Sementara itu, penyelaras program yang juga penceramah motivasi Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain menasihati pelajar agar terus berusaha tanpa jemu dan dalam masa yang sama meminta ibu dan bapa mendoakan kejayaan menjelang peperiksaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121008/pe_01/Pendekatan-kreatif-cetus-minat#ixzz28lEm9Sh2
© Utusan Melayu (M) Bhd ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-19843988549624936512012-09-17T22:40:00.001-07:002012-09-17T22:40:37.039-07:00Motivasi pecutan akhir sebelum peperiksaan

Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) dengan kerjasama Utusan Malaysia menumpukan kepada slot motivasi pecutan akhir dalam setiap Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi yang digerakkan bermula bulan ini.

Pengurus Besar SMP, Noraini Nordin berkata, langkah itu bersesuaian dalam membantu pelajar meningkatkan motivasi diri mereka sebelum menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sebenar.

Malah, menurutnya, kebanyakan sekolah telah mengadakan peperiksaan percubaan dan pelajar hanya memerlukan rangsangan motivasi yang tinggi.

''Apa yang diperlukan oleh pelajar sekarang adalah program motivasi yang tinggi bagi meningkatkan fokus mereka sebelum peperiksaan nanti," katanya ketika ditemui di pejabatnya dekat Damansara, Selangor baru-baru ini.

Kata beliau, atas permintaan ibu bapa, pihaknya turut bercadang memperkenalkan modul pendidikan motivasi kepada golongan itu bagi membantu mereka menangani permasalahan yang berkaitan persiapan pelajar menduduki peperiksaan.

''Kebanyakan ibu bapa tidak memahami dan kurang pendedahan mengenai teknik motivasi yang sewajarnya dipraktikkan bagi membantu mental anak-anak yang bakal menjalani peperiksaan," katanya.

Ujar Noraini, selain slot motivasi, program lain berjalan seperti biasa seperti aktiviti mendekati kehidupan pelajar yang kurang berkemampuan bagi mengetahui kedudukan keluarga mereka sekali gus menilai tahap pencapaian akademik pelajar terlibat.

''Hal ini kerana berdasarkan kajian SMP, didapati pencapaian pelajar dipengaruhi keadaan persekitarannya. Jika persekitarannya baik maka bolehlah pelajar itu menjalani persekolahan dengan sempurna," jelasnya.

Menurut Noraini, SMP merancang untuk memperluaskan program itu ke negeri-negeri lain seperti Terengganu dan Pahang bagi kawasan Pantai Timur, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak.
ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-11600892433311833232012-09-17T22:39:00.000-07:002012-09-17T22:39:58.925-07:00Buang fikiran negatif hadapi PMR

Pakar motivasi, Dr. Ismail Zain menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar pada Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi anjuran Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) dengan kerjasama Utusan Malaysia di SMK Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Tinggal lebih kurang 20 hari Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan calon diingatkan supaya tidak berfikiran negatif seperti peperiksaan ialah satu bentuk penderaan, atau membandingkan diri dengan rakan-rakan yang lebih pandai secara yang boleh 'memusnahkan' diri sendiri.

Pakar motivasi Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain menasihati peserta Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi Utusan Malaysia dan Sekretariat Malaysia Prihatin di Ketereh, Kelantan supaya membuang sindrom melabel diri sendiri sebagai bodoh, lemah, malas, tidak pandai dan sebagainya mulai sekarang.

''Tiada istilah bodoh atau pandai bagi seseorang kerana semua orang ada potensi untuk berjaya dalam kehidupan,'' katanya.

Lebih 150 pelajar daripada 10 buah sekolah di Ketereh mengikuti program itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kok Lanas, baru-baru ini.

Beliau juga kurang bersetuju bila ada yang melabel waktu peperiksaan sebagai musim 'demam' kerana konotasi negatif yang dibawa oleh frasa berkenaan.

''Bila kita rasa tertekan atau suka merendahkan diri, jiwa dan motivasi kita akan menjadi rendah, sedangkan bila kita rasa seronok maka jiwa, minda dan otak kita menjadi segar,'' ujarnya.

Dalam usaha mencorakkan pemikiran yang positif, maka dalam tempoh lebih kurang 20 hari ini, calon perlu mengatasi segala dugaan seperti perasan malas, ponteng, sebaliknya berusaha menjadi pelajar yang bestari.

Menurut Ismail, pelajar bestari dan pelajar pandai adalah berbeza.

"Pelajar yang gagal bukan pelajar yang bodoh," tegasnya.

Manakala pelajar bestari pula, katanya, akan berusaha untuk menghadirkan diri dalam program-program pembangunan diri yang dianjurkan oleh pelbagai pihak, tanpa terlalu memikirkan mereka telah pandai atau belum.

''Tanam satu pemikiran, kalau menghadirkan diri dengan program-program bimbingan seperti ini, maka kita akan dapat memperbaiki markah, walaupun mungkin lima markah sahaja,'' katanya.

Antara sekolah yang menghantar pelajar ialah SMK Kok Lanas, SMK Cengal, SMK Melor, SMK Pangkal Kalong, SMK Ketereh, SMK Kadok dan SMK Long Gafar.

Program itu disulam dengan teknik menjawab soalan beberapa mata pelajaran utama, serta pameran selain suntikan motivasi.

Lebih sepuluh buah sekolah di seluruh Malaysia telah mengadakan program yang semakin popular itu.
ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-445069842184312350.post-11261075605242134152012-09-13T00:33:00.001-07:002012-09-13T00:33:10.254-07:00UTM cipta pengimbas boleh kesan keaslian sijil akademik

Muhammad Zaly Shah menunjukkan inovasi terkini yang dicipta UTM, pengesahan halal yang boleh diakses menerusi telefon pintar.

SKUDAI - Sebuah perisian baru dibangunkan bagi mengesan ketulenan ijazah oleh Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pengimbas yang diberi nama Imbas Pembaca itu merupakan sebuah sistem untuk mengesahkan identiti sekali gus dapat mengetahui sijil tersebut sah atau sebaliknya.

Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah UTM, Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein berkata, peralatan itu juga akan digunakan graduan UTM pada majlis konvokesyen institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan Oktober, nanti.

Katanya, peralatan itu dilihat bukan hanya untuk kegunaan di IPT semata-mata, malah ia bermanfaat bagi majikan atau bahagian sumber manusia untuk mengetahui graduan yang diambil bekerja menggunakan sijil yang sah atau palsu.

“Ini juga dapat menjimatkan masa kerana sebelum ini, mereka perlu menghubungi universiti untuk mendapatkan pengesahan sama ada graduan yang diambil bekerja merupakan bekas graduan daripada universiti tersebut.

“Oleh itu, setiap sijil akan dilengkapi dengan bar kod unik dan tersendiri yang menggunakan teknologi AES-128 dan perlu diimbas menerusi perisian yang dimuat turun secara percuma dari laman web yang sedang dibangunkan, www.imbas.my.

“Sistem yang pertama kali dibangunkan di Malaysia ini juga dapat digunakan untuk sijil-sijil lain. Kami tidak menjual sistem ini tetapi mana-mana IPT lain yang berminat memilikinya perlu membayar harga lesennya sahaja dan kosnya belum ditetapkan buat masa ini,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Muhammad Zaly Shah turut memperkenalkan satu lagi ciptaannya yang merupakan inovasi terkini dikenali sebagai pengesahan halal dan boleh diakses menerusi telefon pintar pengguna bagi memudahkan umat Islam mencari produk halal di negara ini.

Menurutnya, menerusi perisian tersebut, ia bukan sekadar dapat mengesan status sesuatu produk sama ada halal, meragukan atau tidak halal, bahkan turut dapat mengetahui maklumat berkaitan produk berkenaan.

“Pengesanan dibuat menggunakan kod bar atau kod Quick Response (Qr) pada sijil pengesahan setiap produk pada data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Apabila pengguna membuat imbasan di premis atau pada bungkusan produk, akan ada tiga paparan warna.

“Sekiranya rekod sijil itu sah, paparan akan berwarna hijau dan jika paparan berwarna kuning itu bermaksud bukan produk haram sebaliknya mungkin tarikh luput sijil halalnya sudah luput dan sekiranya paparan berwarna merah menunjukkan sijil halal telah ditarik balik.

“UTM merancang berbincang dengan Labuan Halal Hab Sdn Bhd bagi mewujudkan kod Qr pada setiap produk halal yang dikeluarkan. Perisian ini boleh diperolehi secara percuma dan mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan dengan kos RM12,000 dan dijangka dapat digunakan awal tahun hadapan,” katanya.
ZAKI BIN ZULKIFLIhttp://www.blogger.com/profile/10139033477480842404noreply@blogger.com0