Pages

Translate

Friday, August 31, 2012

Cara Format Komputer


Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM

Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:

(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)
  1. Hidupkan komputer anda.
  2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
  3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
    boot sequence
  4. Pilih Boot Sequence.
    boot sequence
  5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.
    boot sequence
  6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.
Format Hard Disk
  1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
    boot sequence
  2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada Hard Disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)
    install Windows XP
  3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
    install Windows XP
  4. “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
    install Windows XP
  5. Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
    install Windows XP
  6. Sekiranya Hard Disk anda masih baru, dan masih belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8. Jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
  7. Buat satu partition dengan menekan butang C.
    install Windows XP
  8. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  9. Pilih partition C: untuk install Windows XP.
    install Windows XP
  10. Tekan butang C untuk setuju.
    install Windows XP
  11. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  12. Tekan butang F untuk format Hard Disk.
    install Windows XP
  13. Setup akan mula format Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.
    install Windows XP
Install Windows XP
  1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.
    install Windows XP
  3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
    install Windows XP
  4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
    install Windows XP
  5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
    install Windows XP
  6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
    install Windows XP
  7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
    install Windows XP
  8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.
Mula Menggunakan Windows XP
  1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
    install-window-22
  2. “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  3. Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
    install Windows XP
  4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Next.
    install Windows XP
  5. Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
    install Windows XP
  6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
    install Windows XP
  7. Klik pada butang Finish.
    install Windows XP
  8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
    install Windows XP

Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih 0.o) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri ^_^  

Mendapat Kan Semula File Yg Dipadam!!


Mungkin anda pernah mengalami situasi dimana anda tersilap memadam sesuatu fail atau mahu mendapatkan semula fail yg dipadamkan. Jangan risau kerana ada satu program Windows percuma iaitu Undelete Plus yg berfungsi dgn mengimbas cakera keras komputer utk mencari fail2 yg baru dipadamkan dan membolehkan anda memilih mana2 fail utk dikembalikan semula.Namun begitu, perlu diingat, lebih lama waktu telah berlalu apabila anda mahukan sesuatu fail itu semula selepas ianya dipadamkan, lebih sukar utk mendapatkannya semula kerana ada kemungkinan komputer anda telah merakam sesuatu yg baru ke dalam fail tersebut. Layari www.undelete-plus.com/download.html dan klik pada pilihan "With Installer" utk memuat turunkan Undelete Plus

Hibernate, Dan Biarkan Pc Anda Tidur


Ini satu fakta: saya tak pernah Shut Down PC saya. Ops, adakah itu bermakna PC saya terpasang 24 jam tanpa henti? Tidak sama sekali! Kalau saya biarkan ia terpasang saja sepanjang hari, dah tentu saya akan menyumbang kepada pembaziran elektrik. Dan membazir itu amalan syaitan, tak elok ^^

Saya tak Shut Down, tapi saya letakkan PC saya dalam mod Hibernate.
Apakah kelebihan Hibernate?

Katakan anda buka pelbagai aplikasi dalam Windows; contohnya Microsoft Word, Firefox, Adobe Photoshop dan sebagainya. Dan anda tidak save lagi dokumen-dokumen dalam semua aplikasi tersebut. Apabila anda Hibernate komputer anda, ia akan terpadam, dan anda boleh menanggalkan plag eletrik. ON kan kembali PC anda, semua aplikasi tersebut masih terbuka, bersama semua dokumen yang anda belum save lagi tadi! Mudah kan. Proses ON kan semula PC juga lebih cepat jika anda Hibernate, berbanding dengan Shut Down.
Bagaimana Hibernate berfungsi?

Dalam keadaan Hibernate, Windows akan terlebih dahulu menyimpan segala data anda ke dalam Hard Disk. Data ini kekal walaupun plag elektrik komputer ditanggalkan. Sebab itulah apabila anda ON kan semula PC, data tersebut masih ada. Berbeza dari mod Stand By, komputer hanya meletakkan data tersebut dalam RAM, dan data ini akan hilang sekiranya anda memutuskan bekalan elektrik.
Bagaimana Nak Hibernate PC?
Klik Start Menu > Turn Off Computer. Pada paparan window yang keluar, tekan Shift dan butang Stand By akan bertukar kepada Hibernate.

Anda juga boleh menetapkan butang Sleep pada keyboard anda (saya sendiri menggunakan cara ini). Ikuti langkah-langkah inidalam Windows XP:
  • Right-click pada Desktop dan pilih Properties.
  • Pada Display Properties, pilih tab Screen Saver.
  • Pada bahagian Monitor Power, klik pada butang Power.
  • Pada Power Options Properties, perhatikan bahagian Power buttons. Pada pilihan "When I press the sleep button on my computer quot;, pilih Hibernate dari drop-down menu tersebut.
  • Klik pada butang OK. 

Lajukan Startup Windows Dengan Autoruns


Apabila anda install sesuatu perisian di dalam Windows, biasanya perisian ini akan menambah satu entri di dalam startup, bertujuan supaya perisian tersebut akan dilancarkan oleh Windows secara automatik. Apabila entri di dalam startup menjadi terlalu banyak, proses melancarkan Windows akan menjadi semakin lambat.
Bagi pengguna Windows yang berpengalaman, msconfig boleh digunakan untuk membuat tetapan supaya aplikasi - aplikasi ini tidak dilancarkan secara automatik. Walau bagaimanapun, jumlah startup yang dipaparkan oleh msconfig agak terhad.

Autoruns dari Sysinternal dapat memaparkan program apakah yang dilancarkan secara automatik sewaktu Windows baru dihidupkan. Program - program ini termasuklah yang berada di dalam folder startup, dan di dalam registry keys pada Windows. Anda boleh mengosongkan checkbox pada program yang anda tidak ingin lancarkan secara automatik, atau anda boleh membuangnya terus. Autoruns juga boleh digunakan untuk membuang entri - entri startup yang dibuat oleh malware.
Download Autoruns di
http://technet.microsoft.com/en-us/sysinternals/bb963902.aspx

Kenapa Perlu Update Antivirus?


Di sini saya ingin menjawab beberapa persoalan lazim yang sering diajukan berkaitan dengan antivirus. Diharap penerangan saya ini dapat memudahkan kefahaman semua. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan untuk tinggalkan komen ^^
Apakah itu update?
Update dalam Bahasa Melayu bererti kemaskini.
Antivirus [masukkan nama antivirus di sini] kena update tak?
Ya. Semua jenis antivirus pun perlu update dari masa ke semasa.
Kenapa perlu update antivirus?

Setiap hari, satu jenis virus akan dihasilkan. Bagi melindungi komputer anda daripadanya, antivirus haruslah terlebih dahulu mengenali virus tersebut. Sebab itulah antivirus perlu update selalu, agar ia mengenali virus-virus terbaru.
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kata antivirus, tak kenal macam mana aku nak detect virus.

Perlukah saya update antivirus setiap hari?
Tidak semestinya. Bagi sesetengah orang, untuk update antivirus setiap hari adalah melecehkan, lebih-lebih lagi jika komputer anda tidak mempunyai sambungan Internet. Cadangan saya, update antivirus anda sekurang-kurangya sebulan sekali.
Kalau antivirus saya out-of-date, dah tak boleh guna dah ke?

Antivirus anda masih boleh digunakan walaupun ianya out-of-date. Cuma ia tidak akan dapat mengesan sekiranya terdapat virus-virus baru, itu sahaja.
Bagaimana nak update antivirus?
Jika komputer anda mempunyai sambungan Internet, proses update akan dilakukan secara automatik. Jika tidak, anda boleh download update bagi antivirus di cyber cafe, kemudian letakkan pada komputer anda secara manual. Ikuti langkah-langkah ini untuk update antivirus secara manual bagi Avira, AVGFree, dan Avast .

Cara Simple Mengedit Gambar.....(photoshop)

Dark Effect

1 - pilih gambar yang nak di edit...
2 - tukarkan ke hitam dan putih ... CTRL+Shift+U
3 - hasilkan effect dengan meletak kan film grain keatas layer filter > artistic > film grain (grain "3" highlight area "0" intensity "0"
4 - tukarkan foreground ke BLACK #000000 Shift+D
5 - salin layer 1/background (CTRL+J) tukarkan blending mode ke darken
6 - filter > sketch > torn edge ( ubah kan image balance , smoothness dan contrast mengikut kesesuaian gambar)
7 - mergekan gambar (CTRL+Shift+E)

nah... siap... mudahkan...  

Cara Simple Mengedit Gambar.....(photoshop) pt. 2


  • buka gambar...

  • salin gambar (CTRL+J)

  • tukarkan blending mode ker overlay

  • masukkan effect cutout .. filter > artistic > cutout

  • mergekan kedua dua layer (CTRL+Shift+E)

  • tukarkan gambar ke hitam dan putih mode... (CTRL+Shift+U)

  • masukkan effect film grain filter > artistic > film grain ( setkan ke 3,0,0)

  • pastikan color foreground di set kan ke hitam (Shift+D)


  • filter > skecth > torn edge (setkan mengikut kesesuaian gambar)

  • apply effect cutout sekali lagi... filter>artistic>cutout (setkanke 3,0,0)

  • tambah layer baru (CTRL+Shift+N) setkan blending mode ke soft light


  • klick paint bucket tool (G) pilih color yang anda inginkan... penuhkan ke layer..


  • untuk menampakkan lebih klasik.. layer>layer style>color overlay ( pilih color dan opacity ngikut kesesuaian gambar )