Pages

Translate

Friday, August 31, 2012

Cara Lajukan Masa Shutdown Pc/Laptop


Ramai pengguna komputer termasuk saya selalu mengeluh mengapa komputer mengambil masa terlalu lama untuk shut down.”Malas a nak tunggu” secara tidak langsung anda meningalkan komputer tanpa off suis power.Inilah salah satu penyebab mengapa ramai yang tidak off power utama ke komputer.Sedangkan dengan off kan suis utama dapat memanjangkan hayat manusia peralatan komputer dan menjimatkan bil api elektrik.

Mengikut ilmu dan pengalaman saya , masa yang diambil oleh internet komputer untuk shut down bergantung kepada hardware dan aplication yang sedang runing/dijalankan.Jika komputer anda berkuasa kuda tinggi dari segi CPU dan RAM , masa yang diambil untuk shut down lebih laju dari komputer yang hardware berkuasa rendah.Aplication yang sedang running juga mempengaruhi masa yang diambil untuk shut down.Semakin banyak aplication sedang runing semakin lama masa diambil.
Hari ini saya akan kongsi satu tip untuk melajukan proses shut down komputer anda.Anda hanya perlu membuat sedikit perubahan pada setting di system registry,Apa yang perlu anda lakukan adalah ubah value data pada AutoEndTasks dan WaitToKillAppTimeout.Double klik pada AutoEndTask dan ubah nilai 0 kepada 1000 dan value data WaitToKillAppTimeout dari 2000 kepada 5000.Selepas itu restart komputer anda dan lihat perbezaan.
system registry
Pesanan Penaja : 

Cara Nak Ubah Registered Organization


hari ini saya ingin kongsi cara untuk mengubah Registered Organization./Owner dalam Windows XP.caranya [Start] [Run] [Regedit]

Registry Key: HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion

Modify/Create the Value Data Type(s) and Value Name(s) as detailed below.

Data Type: String Value // Value Name: RegisteredOrganization

Data Type: String Value // Value Name: RegisteredOwner
Setting for Value Data: [Modify the Values to Reflect Current Information]

Exit Registry and Reboot  

Cam Ne Nak Tau Status Ym Orang Lain?

maybe ade sesetengah orang yg suka invisible kan yg mn x tau maybe ingat org tu offline so... senang aje nak tau sm ade org tu offline atau invisible korang buka aje web kat bawah nie pastu taip id ym yg korang nak trace tu pastikan id ym tu yg original punya coz kite leh buat lebih dr 1 id dlm 1 akaun ym renung2 kan & selamat b'amal

http://www.yinvisible.com

tp kalo ade sesape nak delete akaun yahoo, korang leh buka url nie
https://edit.yahoo.com/config/delete_user

Penting! Virus Lagi! Sila Ambil Langkah Berjaga²!

TERSANGAT PENTING.. BACA DAN SAMPAIKAN PADA TEMAN² LAIN


Informasi ini saya dapat dari email saya.. Saya harap kawan² seme berhati² sekiranya ada menerima email yang pelik² buat masa sekarang... Semakin ramai bijaksana diluar sana, kite semakin terancam jika mereka tak menggunakan kebijaksanaan mereka ke jalan yang benar...


Anda seme mesti berhati² utk beberapa ketika ini, jangan sesekali buka msg yang ada attachment bertajuk 'POSTCARD FROM BEIJING'.. tak kesah laa siapa pon yang anta benda ni pada kamu.. Ianya adalah virus(dalam bentuk gamba poskad)yang mana akan 'MEROSAKKAN' keseluruh hard disc C komputer anda.. Virus ini akan diterima daripada seseorang yang ada alamat email anda dalam senarai kenalan kawan2 anda.. Disebabkan itu lah maka anda harus sampaikan berita ini kepada seme kenalan anda..

Andai kamu terima email bertajuk ' POSTCARD FROM BEJING,' walaupun dihantar oleh kenalan anda, JANGAN BUKA!Tutup komputer anda dengan segera!



Ini adalah virus yang paling teruk yang diumumkan oleh
CNN. Ia telah dikelaskan oleh Microsoft sebagai virus yang paling berbahaya. Virus ini ditemui oleh McAfee, dan masih TIADA lagi cara utk menghapuskan virus ini..

Virus ini dengan mudah akan
memusnahkan ruang kosong dalam Hard Disc,

dimana
informasi² yang sangat penting disimpan.


Segera beritahu kawan2 anda sebelum semuanya terlambat... 

Really Simple Syndication (rss)

KEMUDAHAN langganan maklumat melalui Really Simple Syndication [RSS] adalah kaedah mendapatkan maklumat terkini setiap kali laman web dikemas kini.

Konsep penggunaan RSS dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama, laman web yang memberikan kemudahan langganan RSS. Bahagian kedua pula adalah perisian digunakan untuk membaca paparan langganan RSS.


1. Melakukan langganan di laman web yang mempunyai kemudahan RSS.

Sebelum sesebuah laman web boleh dilanggan menggunakan teknik RSS, laman web terbabit perlulah mempunyai kemudahan langganan RSS. Pengunjung boleh mengetahui sama ada laman web itu memberikan kemudahan langganan melalui RSS atau tidak dengan mencari tanda seperti berikut:

A. Simbol ikon RSS

B. Capaian yang memaparkan kemudahan RSS.

C. Paparan capaian yang mengandungi alamat RSS.

D. Alamat laman web atau blog yang membenarkan langganan melalui alamat. [Terdapat ikon RSS di sebelah alamat]


Selepas anda dapat mengesahkan laman web terbabit mempunyai kemudahan RSS melalui kaedah di atas, langkah seterusnya adalah menyalin alamat yang mengandungi maklumat RSS itu.

Untuk menyalin alamat RSS yang diberikan, perlu ikuti langkah berikut :

a. Klik di atas ikon simbol RSS dengan menekan butang tetikus sebelah kanan dan pilih : Copy Link Location.

b. Klik di atas alamat yang dipaparkan dan salin alamat yang diberikan.

c. Salin alamat laman web atau blog yang mengandungi ikon RSS di sebelahnya.

2. Memasukkan alamat RSS ke dalam perisian melanggan RSS.

Antara perisian melanggan maklumat RSS secara online adalah http://reader.google.com. Tetapi anda perlu mendaftar untuk mendapatkan kemudahan langganan terlebih dulu.

Selepas proses langganan dilakukan, bolehlah memasukkan alamat RSS yang ingin dilanggan dalam ruang disediakan.

Sebaik langganan selesai, maklumat terkini yang terdapat dalam laman web itu akan dipaparkan di sebelah kanan ruang langganan.

Jika reader.google.com adalah kemudahan pembacaan RSS secara online melalui laman web, terdapat juga kemudahan untuk membaca RSS secara perisian yang boleh disimpan di dalam komputer.

Ini membolehkan maklumat yang dilanggan dibaca walaupun tanpa capaian ke Internet. [Capaian hanya diperlukan semasa proses memuat turun maklumat RSS]. Perisian yang boleh digunakan untuk tujuan terbabit adalah seperti FeedReader. Feedreader boleh dipindah turun di www.feedreader.com.

Selain daripada melanggan kemudahan RSS seperti yang dibincangkan, RSS boleh dilanggan melalui telefon bimbit.

Apa yang diperlukan adalah kemudahan perisian RSS di dalam telefon bimbit dan salin semula alamat RSS yang diperoleh di laman web ke pembaca RSS di telefon bimbit.

Dengan teknik ini, maklumat terkini di dalam laman web akan dipaparkan di dalam telefon bimbit.

Jika tidak mempunyai perisian RSS di telefon bimbit, pengguna masih boleh membaca langganan RSS secara online di telefon bimbit jika menggunakan kemudahan reader.google.com. Caranya adalah dengan menaipkan alamat reader.google.com di dalam ruang browser di telefon bimbitmenari.

Komputer Anda Ada Masalah??


Permasalahan komputer dari segi perisian dan perkakasan serta cara mengatasinya
Masalah Perkakasan Cara Mengatasinya Monitor

 – Gambar wujud pada tengah skrin
1. Periksa komponen pada horizontal area 
2. Periksankapasitor tantalum/coupling 
3. Tukar monitor lain Hard Disk (HDD) 

– Sistem Hang tidak boleh run c 
1. Periksa boot service/ virus 
2. Pastikan hard disk utility telah dibuat
 3. Periksa cable connection
 4. Hard disk rosak/ tukar Disket Drive (FDD)

 – Tidak boleh baca data dalam disket 
1. Periksa head/cuci 
2. Pastikan disket ok
 3. Ada system/fail 
4. Tiada virus
 5. Kapasiti betul 
6. Tidak rosak Keyboard

 – Satu huruf tidak berfungsi/timbul banyak 
1. Cabut bersihkan huruf tersebut 
2. Uji kelancaran butang huruf 
3. Tukar keyboard Mouse

 – Arrow bergerak tidak lancar 
1. Bersihkan roller dan bebola 
2. Periksa mouse/ Configuration control
 3. Tukar mouse 

Masalah Perisian Cara Mengatasinya Kapersky Antivirus – Sudah tamat lesen dan perlu di update kerana memungkin virus akan masuk ke dalam komputer
 1. Update antivirus di internet 
2. Beli Cd Antivirus yang baru Internet
 – Capaian internet tidak dapat diakses secara tiba-tiba. 
1. Refresh untuk kembali ke laman web tersebut.
 2. Tutup aplikasi dan cuba bukanya semula. Windows Media Player 

– Tiba-tiba lagu terhenti dan toolbar tidak dapat ditutup. 
1. Tekan CTRL + ALT+ Delete dan seterusnya tekan end taks kepada program tersebut. 
2. Kecilkan dan tekan mouse kiri dan close.
Password komputer terlupa komputer tidak dapat dibuka.
 1. Restart semula komputer dan tekan F8 dan pergi kepada start windows recovery dan selepas itu tukar password komputer dengan pergi kepada control panel.
 Komputer tiba-tiba dimasuki virus ketika melayari internet.
 1. Pastikan antivirus sentiasa berfungsi 
2. Pastikan firewall sentiasa diaktifkan semasa menggunakan internet.
cubalah!!  

Keburukan ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Pada zaman negara Malaysia yang pesat membangun ini penggunaan ict semakin meluas kepada semua golongan tidak terhad kepada golongan pekerja dan dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam mengikut rentak arus globalisasi ini. Kanak-kanak kini juga sudah tahu menggunakan komputer. Mereka boleh membuka dan menutup komputer. Mereka juga boleh menerokai perkara-perkara baru. Namun sejauh manakah ict boleh membawa manfaat kepada kanak-kanak khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ict juga boleh membawa keburukan kepada mereka.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka ke arah menjadikan mereka insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang namun oleh kerana kebanyakkan ibu bapa yang sibuk mengejar duniawi dalam mencapai kejayaan, status dan pangkat namun mereka lupa memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Ibu bapa yang bekerja di kota metropolitan amnya lebih cenderung bekerja daripada pagi hingga ke malam. Tugas mengasuh dan mendidik anak-anak diberikan kepada pengasuh yang digaji di rumah. Semasa kanak-kanak itu berada ditadika bolehlah guru melihatnya namun jika dirumah pengasuh tidak semestinya dapat menjaga semua gerak geri anak kita. Kanak-kanak akan menjadi bosan kerana tiada kawan untuk mereka bermain jadi mereka memilih untuk bermain permainan dalam komputer.

Kanak-kanak akan duduk bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan tawaran permainan tersebut, Oleh kerana kanak-kanak ada sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka maka mereka akan terusan bermain sehingga dapat mengetahui apakah yang berlaku pada penghujung permainan itu.Mereka boleh menjadi ketagih dengan permainan komputer. Jadi perkembangan mereka tidak akan berlaku dengan apa yang sepatutnya dicapai oleh kanak-kanak lain. Kecerdasan interpersonal mereka tidak akan berkembang kerana mereka hanya duduk bermain permaianan komputer.Mereka hanya memikirkan bagaimana mereka dapat menang dalam permainan tersebut sahaja daripada disudut sosio-emosi kanak-kanak itu mempunyai sifat pentingkan diri dan tidak ingin mengalah. Sifat itu bagus namun jika ia diaplikasikan dalam kehidupan mereka dalam semua situasi ia menjadi sesuatu yang tidak baik untuk mereka kerana ia memberi pengaruh yang negative. Kanak-kanak tersebut sudah pasti akan hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja dan tidak mahu mengalah. Jika ianya diadaptasi dalam kehidupan mereka sebagai contoh di tadika kanak-kanak seperti ini tidak akan berkongsi barang permainan mereka dan jika ada pertandingan mereka akan cuba mendominasi pertandingan tersebut dan akan mengalami kekecewaan yang teramat sekiranya mereka kalah dalam pertandingan itu.

Seterusnya ict juga memberi impak yang buruk kepada kanak-kanak sekiranya ianya tidak dicegah. Penggunaan internet tanpa kawalan boleh menyebabkan kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka. Sebagai contoh bahan pornografi yang banyak tersebar didalam internet. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka laman web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnya kerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.Oleh sebab itulah kanak-kanak kini dapat mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui. Mereka akan meniru perkara-perkara negative itu tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah.

Ict pada zaman kini merupakan sesuatau yang amat diperlukan dalam pendidikan dan digunakan oleh guru ditadika-tadika namun tidak semua guru dapat mengaplikasakan ict dalam pengajaran mereka. Guru ditadika tidak semuanya mahir dalam menggunakan komputer dan kebolehan penggunaan komputer adalah terhad. Mereka tidak diberi latihan yang mencukupi maka komputer yang ada terbiar begitu sahaja dan tidak digunakan ini kan menyebabkan berlakunya pembaziran.
Mereka tidak tahu mereka sebenarnya boleh mengaplikasikan pengajaran mereka dengan menggunakan komputer. Sebagai contoh pengajaran bercerita, mereka boleh menggunakan aplikasi Microsoft movie maker untuk digunakan di dalam kelas namun kadangkala jika ianya terlalu kerap digunakan, guru itu akan menjadi malas untuk membuat bahan pengajaran dan memikirkannya kerana kebanyakan maklumat mereka boleh menggunakan teknik ‘copy and paste’. Mereka tidak akan menjadi kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan menjadi bosan kerana guru mereka tidak kreatif dalam menyampaikan pengajaran kepada mereka.Mereka tidak akan dapat belajar dengan berkesan. Sebagai contoh guru tersebut hanya meninggalkan kelas dan menyuruh murid untuk melihatnya sahaja tanpa bimbingan khusu daripada guru. Secara tidak langsung guru tidak akan dapat mengesan tahap pencapaian murid dari segi kelemahan dan kebolehan mereka.

Kanak-kanak tidak akan dapat menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara itu tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria rangsangan mereka tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang sebenar. Misalnya, murid akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalami sebenar pengalam itu dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya manis. Hal ini kerana kanak-kanak akan lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalhui pengalam mereka disekeliling.

Guru juga akan menjadi malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui e-mail mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan penghasilan terhadap sesuatu perkara itu tidak menjadi produktif dan kreatif. Kaedah pengajaran akan menjadi stereotaip sahaja.Kanak-kanak tidak akan mendpat pembaharuan dalam pembelajaran mereka. Semua kanak-kanak akan belajar perkara yang sama dengan cara yang sama. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kanak-kanak malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran.
Guru akan menjadi gelabah dan pengajaran tidak akan berlaku jika guru tersebut hanya bergantung sepenuhnya kepada penggunaan komputer. Jika komputer itu rosak dan mempunyai masalah guru tidak akan dapat mengajar dan menyebabkan kanak-kanak akan memenuhi aktiviti mereka dengan perkara yang tidak berfaedah.

Dalam pembelajaran bahasa misalnya dengan penggunaan komputer mereka tidak akan dapat belajar menyebut dengan betul kerana mereka hanya mendengar sahaja perkataan itu daripada audio yang dimainkan oleh komputer. Artikulasi mereka akan menjadi kurang betul dan tidak tepat. Diksi yang keluar daripada komputer juga amatlah terhad kerana kanak-kanak tidak akan belajar lebih daripada apa yang telah disetkan oleh guru mereka sahaja dan mereka tidak dapat mengaplikasikan diksi itu dalam kehidupan mereka dengan betul kerana mereka tidak dapat mengetahui secara jelas penggunaan diksi tersebut. Maka tahap kemahiran berkomunikasi mereka akan menjadi sangat lemah. Mereka tidak akan dapat menggunakan frasa-frasa ayat yang sesuai kerana kelemahan mereka dalam aspek pemilihan diksi.

Dalam usaha mengintegrasi teknologi dalam pembelajaran sebenarnya menghadapi beberapa halangan yang harus difahami oleh guru dan pentadbir. Guru dan pentadbir haruslah bersedia menerima perubahan ini dengan fikiran terbuka dan postif serta cuba menengani perubahan yang bakal timbul dalam proses pengintegrasian teknologi ini. Di antara halangan-halangan itu mungkin masa, latihan guru, sumber dan teknologi. Untuk beralih daripada kaedah tradisional kepada teknologi sudah tentu mengambil masa yang lama. Guru-guru perlu mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat dan mendapat sokongan dari pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang mendapat kemahiran daripada luar negara. Bagaimanapun halangan yang besar adalah guru perlu menyesuaikan diri dengan alat teknologi dan menguasai pedagogi untuk mengurus kelas.
Kay (1990) merumuskan bahawa sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer.Woodrow (1991: 165) menjelaskan kesedaran tentang sikap guru pelatih terhadap komputer sebagai " a central in the evaluation of computer course and in the development of computer based curricula". Tanpa persiapan dari aspek sikap, segala perubahan yang dicadangkan akan menghadapi halangan yang paling besar untuk membentuk dan menggerakkan jentera utama perubahan iaitu sumber manusia ke arah menjayakan program perubahan di dalam sesebuah organinasi besar seperti kementerian pendidikan.

Matlamat utama pengintegrasian teknologi adalah untuk melibatkan pelajar dalam pembelajaran bermakna dan bukannya untuk pelajar menggunakan teknologi semata-mata.

Intihanya, ICT sememangnya membawa kebaikan kepada kita namun terdapat keburukan dalam penggunaan ICT sekiranya diabaikan begitu sahaja boleh memberikan kesan yang negative kepada kanak-kanak. Penggunaan ICT kepada kanak-kanak haruslah dengan bimbingan dan guru-guru juga harus kreatif menyampaikan pengajaran mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada ICT . Mencari maklumat dan teknik terbaru memanglah digalakkan kepasa semua guru-guru di tadika namun jika ia disalahgunakan apa ertinya teknologi maklumat yang canggih sekiranya anak-anak didik kita menjadi mundur kebelakang dan tidak dapat berfikir ke arah pembentukan masa depan terutamanaya tidak dapat memajukan negara.