Pages

Translate

Friday, August 31, 2012

Nak Tau Beza Ori, Ap N Underwater??


����� kesukaran untuk mendapatkan panduan membeli telepon kadangkala merugikan kita ini kerana kita sering terdengar penipuan yang dilakukan oleh segelintar penjual telefon. oleh itu artikel kali ini kami akan cuba memberi sedikit panduan untuk membeli telefon baru. Pertama sekali saya ingin membincangkan berkaitan jenis telefon yang ad dipasaran.
  • Original Set
  • Ap Set
  • Under Water
Untuk memudahkan pemahaman anda saya masih menggunakan ketiga istilah yang biasa digunakan oleh penjual telefon. bagaimana untuk mengenalpasti ketiga-tiga jenis telefon ini. Harapan saya ia dapat membantu ada semua.
Original Set
  • Jaminan 1 tahun untuk seluruhan telefon,cas bateri,
  • Kad jaminan ditulis kealamat nokia Central ( nokia Model ) dan Motorola Centra (Motorola Model)
  • Dikeluarkan oleh kilang milik jenama itu sendiri Nokia- ( kilang Nokia), Motorola (kilang Motorola)
  • nokia authorized salah satunya ( Zitron ), Sony Ericsson authorized salah satunya (T-choice )
Ap Set
  • Jaminan hanya 3-5 bulan, tidak termasuk monitor telefon
  • kad Jaminan ditulis kealamat selain dan nokia dan motorola ( centraL )
  • Dikeluarkan oleh pengilang yang mendapat lesen dari pengilang utama
  • selamat digunakan kerana mendapat pengesahan sirim
����
Under Water
  • Tiada jaminan
  • biasanya tiada kad jaminan
  • dibawa masuk dari negara luar dan jual dengan harga murah, tiada pengesahan sirim dan menyalahi undang-undang kerana barang diseludup masuk ke negara ini  

Tips Kecurian Telefon Bimbit


Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.
Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.
Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-
* # 0 6 #
tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)
Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.
Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi.
Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.
Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.
Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.
Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain alang-alang dah hilang biar padan muka org yang curi tu pun tak leh guna juga ... .

Membuat Lebih Dari 1 YM

nie cara2 utk bukak lebih dari 1 YM di komputer korang ..
mula2.. Click Start -- Run -- Taip Regedit -- Open HKEY_CURRENT_USER
pastuh .. open .. click software ... click yahoo .. then click pager ..
and last click TEST
now u can see -
ab(default)
right click on that screen ..
click NEW - (DWORD 932 bit value)
and RENAME THAT AS PLURAL
THEN ..
CLICK ON PLURAL ..
and modify it ..
CHANGE THAT NUMBER 0 TO 1
AND THEN CLOSE IT ..
Now ..
KORANG DAH BOLEH BUKAK SEBERAPA BANYAK YM DLM PC KORANG ..
SELAMAT MENCUBA ..

P/s: Kalau xboleh jg. tlng tinggal kan pesanan anda. sekian

Terlupa Kata Laluan Windows Login ?

Anda yg berkongsi komputer berbekalkan Windows XP dgn pengguna2 lain, pastinya menggunakan kata laluan utk "Windows login" sbg langkah melindungi maklumat anda. Tetapi tidak mustahil jika satu ketika nanti, anda mungkin terlupa kata laluan itu jadi bagaimana anda mahu login? Mudah saja sebenarnya dgn menggunakan satu ciri keselamatan XP yg dikatakan tidak kukuh. Mulakan semula komputer anda dan tekan butang F8 sebelum Windows bermula. Anda dapat lihat menu tertulis Advanced Options, pilih opsyen Safe Mode. XP akan dimulakan pada tahap Safe Mode dan skrin login ditayangkan beserta ikon2 mewakili nama2 pengguna sedia ada, termasuklah ikon utk Administrator. Disiti anda logon dgn akaun Administrator dan isikan kata laluan jika ada. Selepas anda berada dlm Windows, buka Control Panel dan pilih User Accounts. Sekarang anda boleh mereka semula kata laluan baru utk mana2 akaun pengguna.

Periksa Tahap Keselamatan Pc/Latptop Anda


Anda yg baru saja memiliki komputer ataupun ingin tahu tahap keselamatan komputer anda, boleh lah layari www.f-secure.com/healthcheck milik firma IT F-Secure utk diperiksa secara percuma. F-Secure Health Check akan menganalisa komputer anda utk mengenalpasti sama ada komputer anda mempunyai perisian Antispyware, antivirus dan Firewall, sama ada terdapat kepincangan di dalam aplikasi2 anda dan sama ada aplikasi itu masih disokongi pembuat ataupun tidak. Disamping itu, ia juga mampu membantu anda membaiki sebarang kelemahan ciri keselamatan yg ditemui. Utk menggunakan F-Secure Health Check, komputer anda mesti dibekalkan dgn Windows XP atau Vista 32-bit, Internet Explorer sekurang2nya versi 6 dan ActiveX serta Javascript dihidupkan.

Selamatkah Album Foto Internet?


Sejauh manakah selamatnya menyimpan gambar dalam talian pada portal-portal Internet?

DEWASA ini, kamera digital sudah begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang semakin maju melangkah dalam era digital. Di majlis-majlis perkahwinan dan keraian lain contohnya, telefon berkamera, kamera digital SLR mahupun kompak sudah menenggelami populariti kamera analog yang menggunakan filem.

Selari dengan perkembangan ini, bilangan laman web yang membolehkan perkongsian foto digital secara umum turut meningkat. Laman web atau online album ini menjadi pusat depositori pengguna untuk menyimpan koleksi gambar mereka buat tatapan sahabat taulan serta saudara mara tidak kira di mana mereka berada.

Namun, adakah selamat untuk berkongsi koleksi foto peribadi anda di laman ini? Sama ada sedar atau tidak, foto peribadi mengandungi maklumat berkaitan anda dan keluarga, harta benda milik anda serta aktiviti yang dilakukan bersama keluarga mahupun teman.

Kekhuatiran ini sebenarnya ada asasnya kerana terdapat banyak laporan tentang pelanggaran privasi yang berpunca daripada perkongsian maklumat pada laman web umum menunjukkan laman seperti ini mungkin tidak selamat sekiranya kita tidak berhati-hati.

Laman web yang membenarkan perkongsian gambar seperti Fotopages, Flickr dan PicasaWeb merupakan portal himpunan gambar yang popular hari ini. Laman ini membenarkan ahlinya menyimpan serta mencoretkan nota pada setiap keping gambar yang terpapar.

Secara umumnya laman seperti ini mendapat keuntungan menerusi cetakan gambar, kad serta cenderahati seperti kalendar yang dicetak dengan gambar pilihan kita. Ahli pula boleh berkongsi gambar dengan teman dan keluarga dengan memberikan pautan kepada laman foto mereka.

Sesetengah laman menawarkan ciri keselamatan dengan menghendaki pelawat memasukkan kata nama berserta kata laluan sebelum dibenarkan melihat gambar di dalamnya. Pelawat juga boleh meninggalkan komen pada mana-mana gambar yang mereka rasakan menarik.

Ketika ramai yang ghairah memaparkan gambar mereka secara dalam talian, ada yang mengambil kesempatan untuk mengeksploitasinya. Wujud kes di mana pemilik album gambar ini diekori oleh seseorang yang tidak dikenali - yang berpunca daripada perkongsian gambarnya sendiri.

Lebih mengerikan, terdapat juga kes pembunuhan dan penculikan di Amerika Syarikat yang berpunca daripada perkongsian gambar. Pada Disember tahun 2004, Lisa Montgomery telah ditahan dan dituduh membunuh Bobbie Jo Stinnett yang ketika itu sedang hamil lapan bulan.

Hasil penyiasatan polis dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati Montgomery mengetahui Stinnett hamil melalui laman web yang memaparkan gambar Stinnett bersama anjingnya. Kemudian penjenayah kejam ini menghubungi Stinnett kononnya hendak membeli salah seekor daripada anjingnya. Tanpa sebarang syak, ibu malang tersebut memberikan alamat rumahnya. Perjumpaan kemudian diatur dan berakhir dengan tragedi memilukan itu.

Apabila maklumat peribadi dihantar ke internet, pastinya anda melakukannya dengan tujuan tertentu seperti berkongsi gambar dengan teman dan keluarga atau mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan anda. Namun, apabila maklumat peribadi didapati secara bebasnya di internet, anda kehilangan kawalan tentang siapa yang akan menggunakan maklumat tersebut dan bagaimana ia akan digunakan.

Terdapat banyak maklumat yang terdapat daripada album foto di internet daripada gambar hinggalah nota-nota ringkas. Seperti slogan Fotopages, 'Kerana sekeping gambar melambangkan ribuan perkataan', gambar peribadi boleh membawa pelbagai maklumat kepada mereka yang rapat dengan anda, tetapi sekiranya tidak dihadkan, ia juga boleh digunakan oleh mereka yang tidak sepatutnya.  

Cara Format Komputer


Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM

Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:

(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)
  1. Hidupkan komputer anda.
  2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
  3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
    boot sequence
  4. Pilih Boot Sequence.
    boot sequence
  5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.
    boot sequence
  6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.
Format Hard Disk
  1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
    boot sequence
  2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada Hard Disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)
    install Windows XP
  3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
    install Windows XP
  4. “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
    install Windows XP
  5. Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
    install Windows XP
  6. Sekiranya Hard Disk anda masih baru, dan masih belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8. Jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
  7. Buat satu partition dengan menekan butang C.
    install Windows XP
  8. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  9. Pilih partition C: untuk install Windows XP.
    install Windows XP
  10. Tekan butang C untuk setuju.
    install Windows XP
  11. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  12. Tekan butang F untuk format Hard Disk.
    install Windows XP
  13. Setup akan mula format Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.
    install Windows XP
Install Windows XP
  1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.
    install Windows XP
  3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
    install Windows XP
  4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
    install Windows XP
  5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
    install Windows XP
  6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
    install Windows XP
  7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
    install Windows XP
  8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.
Mula Menggunakan Windows XP
  1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
    install-window-22
  2. “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  3. Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
    install Windows XP
  4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Next.
    install Windows XP
  5. Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
    install Windows XP
  6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
    install Windows XP
  7. Klik pada butang Finish.
    install Windows XP
  8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
    install Windows XP

Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih 0.o) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri ^_^