Pages

Translate

Thursday, November 17, 2011

Kerajaan guna wang sedia ada bayar bantuan RM100

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Bayaran bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah adalah daripada dana sedia ada Kumpulan Wang Akaun Penyelesaian Utama Perbendaharaan pada 2011, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.
Beliau berkata, kerajaan tidak menggunakan peruntukan belanjawan tahun depan untuk tujuan pengagihan tersebut.
Katanya, Perbendaharaan telah memberi kelulusan kepada Kementerian Pelajaran untuk menggunakan dana kerajaan yang sedia ada.
"Kita menggunakan wang sedia ada (untuk tujuan bantuan) selepas menerima kelulusan daripada Perbendaharaan, bukan guna wang tahun depan. Manusia kena berikhtiar bagaimana nak menyelesaikan masalah.
"Selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Akauntan Negara dan Kementerian Kewangan, maka satu persetujuan telah diberi dengan mewujudkan akaun amanah dan menggunakan wang semasa, bukan mendahulukan wang untuk tahun depan,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan peringkat jawatankuasa Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat hari ini.
Ka Siong berkata pengagihan bantuan dibuat sebelum sesi persekolahan tahun depan bermula bagi membolehkan ibu bapa membuat persediaan awal persekolahan anak mereka. – Bernama

No comments:

Post a Comment