Pages

Translate

Thursday, November 17, 2011

Peratus dapat 5A UPSR menurun 0.85 peratus

JOHOR BAHRU 17 Nov. - Seramai 5,753 atau 9.76 peratus daripada 58,923 calon memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 yang diumumkan hari ini.
Pengarah Pelajaran Johor, Mohd. Nor A. Ghani berkata, jumlah itu bagaimanapun menunjukkan penurunan 0.85 peratus berbanding 10.61 peratus atau 6,172 murid tahun lalu.
"Gred Purata Negeri (GPN) pada tahun ini adalah 2.18 iaitu naik 0.01 mata berbanding tahun lalu, manakala perbandingan dengan GPN tahun sebelumnya adalah 2.21 pada 2009; 2.22 (2008); 2.23 (2007) dan 2.29 pada 2006.
''Secara keseluruhannya, meskipun berlaku sedikit penurunan peratusan cemerlang kepada 9.76 namun peratusan GPN naik sebanyak 0.01," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Menurut Mohd. Noor, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 57.69 peratus tahun lepas kepada 59.66 peratus tahun ini.
Katanya, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) telah berkurangan sebanyak 0.22 peratus iaitu daripada 1.73 peratus tahun lepas kepada 1.51 peratus tahun ini.
Pada majlis tersebut, Mohd. Nor turut menyampaikan Anugerah Sekolah Cemerlang kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2, Johor Bahru kerana berjaya mencatat bilangan murid mencapai 5A teramai iaitu 83 calon, diikuti SK Kota Masai, Pasir Gudang (82 calon) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang 2, Johor Bahru (79 calon)

No comments:

Post a Comment