KOLEJ Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) menganjurkan Bazar Akhir Tahun, bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bidang keusahawanan, baru-baru.
Ia dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar KLMU.
Pengurus Operasi KLMU, Shilar Rahimah Ebrahim, berkata pelajar boleh
meningkatkan lagi pemahaman secara praktis selain memberi peluang meredakan seketika tekanan sebelum peperiksaan.
meningkatkan lagi pemahaman secara praktis selain memberi peluang meredakan seketika tekanan sebelum peperiksaan.
“Ia membantu belajar membangunkan kemahiran pemasaran, meningkat�kan kemahiran jualan dan mempelajari cara menjadi usahawan.
“Ia juga memberi ruang mereka bersosial seketika sebelum menghadapi peperiksaan,” katanya.
Program bazar itu membabitkan penyertaan pelbagai fakulti, antaranya Seni Lukis dan Seni Reka, Perniagaan & Pengurusan, Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sains Kesihatan dan Persekitaran Binaan.
Pelajar Sekolah Seni Reka Fesyen turut mengambil kesempatan memasarkan aksesori hasil rekaan manakala pelajar Sekolah Kejururawatan menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung.
Antara produk ditawarkan kepada pengunjung termasuk perhiasan, cenderahati
dan aneka masakan yang disediakan pelajar KLMU selain pelbagai jenis permainan dan hiburan.
KLMU menerusi slogan ‘Praktis Dunia Sebenar’ menekankan pengalaman dalam pengajian dengan pelajar mendapat pendedahan awal terhadap persekitaran pekerjaan sebenar supaya bersedia menghadapi cabaran berkerjaya.
Antara aktiviti tahunan lain yang diadakan di KLMU termasuk majlis amal, pertunjukan fesyen, festival makanan dan lawatan sambil belajar.
KLMU juga menawarkan pelbagai kursus di bawah tujuh fakulti untuk memberi pelajar manfaat pengalaman menerusi Fakulti Perniagaan & Pengurusan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Fakulti Hospitaliti dan Pelancongan, Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Fakulti Persekitaran Binaan, Fakulti Pengajian Media dan Fakulti Sains Kesihatan.
Hubungi KLMU di talian bebas tol 1800-88-5568, atau taip SMS KLMU MAGN
No comments:
Post a Comment