BAGI membantu kerajaan melahirkan guru prihatin dan mesra orang kelainan upaya (OKU), TWINTECH International University College of Technology (TWINTECH) menawarkan pelbagai program bagi memenuhi tujuan itu.
Berbekalkan program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), Diploma Pendidikan Pra Sekolah, Diploma Jurubahasa Isyarat serta Diploma Pendidikan Khas (Autisme), TWINTECH optimis melaksanakan misi pendidikan itu.
Elemen Multimedia Dalam Pembikinan Alat Bantuan Mengajar
Program pengajian di Fakulti Pendidikan ada beberapa elemen tambah-nilai termasuk silibus khas mensasarkan pelajar menguasai kemahiran teknologi maklumat (IT) dalam membangunkan perisian bantuan pengajaran.
Pelajar diajar mahir dalam multimedia agar mampu menyediakan alat bantuan pengajaran berkesan dan menarik.
Penguasaan Bahasa Isyarat Malaysia Wajib Bagi Graduan
Pelajar dilengkapkan dengan subjek ‘Teaching of English for Special Children’ yang memberi fokus terhadap teknik khas mengendalikan pelajar OKU selain wajib mengikuti subjek Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang akan membolehkan mereka berkomunikasi dengan pelajar masalah pendengaran.
Kerjasama Akrab Dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia ( MFD)
Usaha ini mendapat sokongan MFD yang sentiasa memantau perkembangan pelajar di program Fakulti Pendidikan, memberikan khidmat nasihat, bimbingan dan latihan industri serta penempatan kerjaya.
Lahirkan Guru Pendidikan Khas Berkepakaran Autisme
Diploma Pendidikan Khas (Autisme) TWINTECH, pelajar diberikan penjurusan khas Autisme yang membolehkan mereka memiliki kepakaran menangani pelajar.
TWINTECH satu-satunya IPT yang menawarkan pengkhususan itu. Ini menjadikan graduan lebih yakin dan tidak terikat kepada disiplin pendidikan khas semata-mata.
Penubuhan Fakulti Pendidikan ini diilhamkan Naib Canselor pertama TWINTECH, Allahyarham Profesor Datuk Dr Ismail Md Salleh yang mahu melahirkan golongan pendidik yang kreatif, inovatif dan mesra OKU.
Legasi itu diteruskan melalui pelbagai usaha pembangunan dan penambahbaikan sejajar polisi yang dilaungkan kerajaan.
Maklumat lanjut mengenai Fakulti Pendidikan dan kursus lain di TWINTECH, hubungi 1-300-88-1200, 019-6241585 (Azwan) atau layari laman web: www.twintech.edu.
No comments:
Post a Comment