MOHD NOH (dua dari kiri) berbual dengan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang STPM, semalam.
SELAYANG: Seramai 46,712 atau 92.19 peratus calon lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011, menurun sedikit berbanding 46,795 atau 92.5 peratus pada tahun sebelumnya.
Katanya, berdasarkan peratusan kelulusan penuh mengikut mata pelajaran, prestasi calon bagi mata pelajaran Bahasa Arab, Sejarah dan Perakaunan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
“Bilangan calon yang menjawab soalan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dalam tujuh mata pelajaran meningkat satu peratus kepada 98.1 peratus berbanding 97.1 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan STPM, di sini semalam.
Mohd Noh berkata, pada umumnya, prestasi calon 2011 sama dengan 2010 dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan sama iaitu 2.22.
No comments:
Post a Comment