TENTU sebagai pelajar pernah berdepan masalah untuk fokus di dalam kelas, sekali gus menyukarkan proses pembelajaran.
Senario itu juga memungkinkan pelajar menjadi semakin ‘malas’ atau kurang bersemangat untuk belajar kerana kesukaran menumpukan perhatian.
Namun usah gusar kerana masih ada cara mengatasi masalah berkenaan, sekali gus melonjakkan kembali keinginan untuk berjaya dengan syarat dilaksanakan dengan penuh disiplin. Antara panduan boleh diikuti ialah:
Bagi meningkatkan lagi memori, buat petunjuk melalui objek yang mudah diingati menerusi imaginasi.
Mainkan emosi dengan mengaitkannya dengan perkara yang indah dan menggembirakan.
Gunakan imaginasi peribadi seperti anggota keluarga, rakan-rakan, rumah, pejabat, suatu peristiwa menarik dan hal-hal yang istimewa untuk membantu lebih fokus namun pelajar perlu bijak mengawalnya kerana dikhuatiri pula menjadi angan-angan.
Ulanglah perkara yang perlu dipelajari atau diingati dengan pelbagai cara berbeza lagi kreatif seperti membuat peta minda, bercakap dengan nada yang kuat atau membuat lagu.
Cuba ingat bahagian pertama dan terakhir sesuatu perkataan. Kemudian bina kata kunci yang mudah mengingati bahagian berkenaan.
No comments:
Post a Comment