Alhamdulillah,
aku rasa ramai rakyat Malaysia gembira dengan berita perlantikan
Dr.Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang Baru. So, apa
kata kita berkenalan dengan beliau.
Dr. Maszlee Malik dilahirkan di Johor
Bahru. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul
Rahman (STAR) (2) dan kemudiannya ke Maktab Sultan Abu Bakar (English
College).
Pada tahun 1989, beliau telah menyertai
Madrasah al-Quran Waddin dan kemudiannya ke Maahad Johor. Setelah itu
permusafiran ilmunya dilanjutkan ke Jordan sehingga berjaya mendapatkan
ijazah sarjana muda dari Universiti Al al- Bayt, Jordan dan kemudiannya
meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya.
Kedua- duanya dalam bidang Fiqh dan Usul
al-Fiqh. Dengan izin Allah, Maszlee Malik telah melanjutkan pelajaran
di School of Governments and International Affairs (SGIA) di University
of Durham pada tahun 2007 dan mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang
Good Governance pada tahun 2011.
Kini Maszlee Malik merupakan pensyarah
kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains
Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau telah
berkhidmat di sana semenjak tahun 2000.
Maszlee Malik juga merupakan ahli
Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID), ahli Dewan Perwakilan Nasional
Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan penasihat ahli lembaga kepada beberapa
NGO dan badan pendidikan seperti Teaching for the Needs (TFTN), Pusat
Pendidikan Downsyndrome Orkids (ORKIDS), Pertubuhan Darul Fitrah, IDEAS
Autism Centre, Lembaga Pusat Pendidikan al-Amin dan juga penaung kepada
Kelab Penyokong Kelab Bola Sepak Manchester City Malaysia.
Di media pula, Maszlee lebih dikenali
sebagai moderator debat dan wacana politik serta penganalisis politik
Timur Tengah, pemikiran politik Islam dan juga gerakan Islam
kontemporari.
“sistem pendidikan kita tidak menjadikan kita manusia yang manusiawi..” Dr.Maszlee Malik
Antara inti pati perbualan antara Astro Awani dengan Menteri Pendidikan yang baru YBhg Dr. Maszlee Malik
1. Konsep kemanusiaan dipentingkan
2. Membangunkan potensi anak-anak
3. Mengwujudkan sekolah wawasan dengan pelbagai potensi utama, dalam masa yang sama masih dalam kumpulan
4. Beban guru dikurangkan. Tugas guru
sebagai pendidik diutamakan bukan lagi dalam masa yang sama jadi kerani
dan lain-lain lagi.
5. Kuantiti pelajar dalam kelas dikecilkan
6. Tidak mengajar ranking dan gred sahaja
7. Bukan exam orientad
8. Beri kuasa autonomi pada guru sebab dalam diri guru memang ada jiwa untuk membantu anak-anak kita
9. Akan pastikan tak ada lagi tugas guru dan pelajar untuk memeriahkan event yang ada menteri
10. Bantuan dari luar perlu untuk membantu anak-anak kita dalam kondisi yang lebih baik
11. Hubungan erat antara masyarakat
dengan sekolah amat penting. Nanti akan ada survey tentang kedatangan
ibubapa dalam meeting sekolah contoh permuafakatan.
12. Mesti munculkan kepercayaan antara ibubapa dengan guru, dan guru dengan ibubapa
13. Mesti wujudkan anak-anak akan berlari ke sekolah dan guru-guru juga suka anak-anak datang ke sekolah
No comments:
Post a Comment