Pages

Translate

Thursday, November 17, 2011

182,168 unit komputer untuk Sarawak

KUCHING 15 Nov. - Sebanyak 182,168 unit komputer riba 1Malaysia diperuntukkan kepada negeri ini untuk diagihkan secara berperingkat berdasarkan kepadatan penduduk di setiap kawasan Parlimen.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, sehingga 3 November lalu, sebanyak 64,120 unit telah diagihkan kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negeri.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 17,465 unit diagihkan di Bahagian Kuching, Samarahan 4,692 unit, Sri Aman 3,570 unit, Betong 3,100 unit dan Sarikei 3,400 unit.
"Sementara itu, sebanyak 7,100 unit diagihkan di Sibu, Kapit, 2,735 unit, Mukah, 4,246 unit, Bintulu 6,122 unit, Miri 9,162 unit, Limbang 2,525 unit," katanya ketika menjawab soalan Abu Seman Jahwie (BN-Jemoreng) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.
Fatimah dalam pada itu berkata, terdapat empat kriteria asas bagi melayakkan seseorang individu menerima sumbangan Komputer 1Malaysia.
"Syarat-syarat itu adalah warganegara Malaysia, pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan dan hanya satu komputer diperuntukkan kepada setiap kediaman atau isi rumah.
"Penerima yang berjaya juga dikehendaki melanggan kepada perkhidmatan jalur lebar dengan pakej minimum di bawah RM 25.00 sebulan daripada mana-mana syarikat telekomunikasi," katanya.

No comments:

Post a Comment