Pages

Translate

Sunday, December 4, 2011

13 profesional lanjut pengajian

PUSAT Pengajian Layanan, Pelancongan dan Seni Kulinari Universiti Taylor’s (TCHT) mengiktiraf pembabitan profesional dalam industri hospitaliti melalui Anugerah Kecemerlangan Industri, baru-baru ini.
Seramai 13 profesional industri menerima pengiktirafan itu, sekali gus membolehkan mereka dikecualikan membayar yuran kursus untuk program sarjana dalam pengurusan hospitaliti di universiti itu.

Timbalan Naib Canselor Universiti Taylor’s, Pradeep Nair, berkata anugerah itu sebahagian komitmen TCHT berkongsi kejayaannya dengan industri yang menyokong perjalanan institusi itu.

“Tahun ini TCHT merayakan ulang tahun ke-25 dan anugerah ini sebagai tanda terima kasih kepada industri kerana sokongan kami,” katanya.

Bagi menentukan penerima anugerah, jawatankuasa pemilihan meneliti kelayakan akademik dan pengalaman kerja, sumbangan kepada industri, pengiktirafan dan anugerah, latihan atau bengkel.

Penerima anugerah, Edward Chryslo Abraham, berkata beliau bangga melanjutkan pengajiannya di Taylor’s dan berhasrat menimba ilmu sebanyak mungkin.

“Saya gembira terpilih dan menganggapnya peluang keemasan menimba pengetahuan dan membaiki diri,” katanya.

No comments:

Post a Comment