Penasihatnya, Nor Hisyam Husin, berkata program itu turut disertai 20 pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Andalas Padang, Indonesia.
“Terdapat 150 keluarga tinggal di Kampung Sungai Tarung yang kebanyakan menjadi petani dan berpendapatan rendah.
“Kami menyembelih tiga lembu dan daging korban itu diagih-agihkan kepada penduduk.
“Kami turut memberi sumbangan beras, gula, garam dan peralatan dapur,” katanya.
Selain aktiviti korban, mahasiswa juga melakukan sesi beramah mesra dengan penduduk dan program motivasi.
“Rombongan ini sempat melawat pusat penjagaan anak-anak yatim, Panti Asuhan Aishihah di Padang.
“Terdapat 50 anak-anak yatim ditempatkan di pusat jagaan itu dan mereka gembira kami melaksanakan ibadah korban di tempat mereka,” katanya.
Beliau berkata selain aktiviti korban penghuni rumah asuhan itu turut dimeriahkan dengan beberapa permainan bagi menguji minda dan kemahiran mereka.
“Kami puas dapat membantu golongan miskin dan inilah buki keprihatinan rakyat Malaysia kepada saudara sesama Islam.
“Pengalaman ini turut memberi keinsafan kepada mahasiswa,” katanya.
Katanya, selepas Indonesia, pihaknya bercadang meneruskan program itu ke negara lain termasuk Kemboja dan Thailand.
No comments:
Post a Comment