KUALA LUMPUR - Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Muhammad Safwan Anang yang cedera ketika perhimpunan prokebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal minggu ini membuat laporan polis, mendakwa dirinya tercedera sehingga tidak sedarkan diri akibat dikasari polis.
Muhammad Safwan ditemani beberapa peguam serta isterinya, Masturah Abu Bakar hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira jam 2.15 petang untuk membuat laporan tersebut.
Muhammad Safwan ketika ditemui menafikan kecederaannya berpunca dari sendiri.

Sebaliknya menegaskan dia dikasari secara ganas oleh anggota polis ketika melakukan perhimpunan aman pada Ahad lalu.
Menurutnya, dia mempunyai bukti bagi menyokong dakwaannnya yang menunjukkan polis menyerbu ke arahnya dan rakan-rakan sebelum bahagian kiri mukanya ditumbuk.
“Saya ada rakaman yang jelas menunjukkan pergelutan yang berlaku, di mana saya ditumbuk sehingga bibir pecah dan berdarah, kemudiannya pada masa yang sama dihentak dengan lutut di bahagian rusuk kanan oleh anggota polis sehingga sesak nafas dan tidak sedarkan diri.
“Saya nafikan sekeras-kerasnya bahawa polis tidak melakukan kekerasan. Video yang dimuat turun oleh polis hanyalah sebahagian rakaman yang berlaku sebelum pergelutan tersebut dan kita kecam polis kerana tidak memuat naik rakaman video yang menunjukkan gambaran sebenar insiden yang berlaku di mana saya dan rakan-rakan lain dikasari sehingga cedera teruk,” katanya.SINARHARIAN

No comments:
Post a Comment