KUALA LUMPUR: Mahasiswa luar negara menyelar tindakan segelintir penuntut universiti tempatan yang mengadakan demonstrasi bagi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan menyifatkannya sebagai perbuatan tidak matang.
Beberapa kejadian yang berlaku di luar negara seperti di London sebelum ini yang mengundang kepada rusuhan harus dijadikan iktibar kerana ia gagal menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya merosakkan harta benda awam. Pengerusi Kelab UMNO London, Dzuhair Hanafiah, berkata demonstrasi yang berlaku di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku dan mencalar imej mahasiswa itu sendiri. “Saya berpendapat tindakan demonstrasi selepas memorandum diserahkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah tempoh hari adalah satu tindakan yang kurang matang dan hanya ingin meraih publisiti saja. Saya yakin pintu perbincangan, diskusi dan konsultansi pelajar bersama pihak kerajaan tidak pernah ditutup.
“Saya masih ingat apabila puluhan ribu pelajar di United Kingdom berdemonstrasi pada 2010 dan 2011 membantah kenaikan yuran universiti sehingga ramai pelajar dan polis cedera, banyak harta awam musnah, namun akhirnya kerajaan campuran konservatif dan Liberal Demokrat tetap menaikkan yuran selepas melakukan perbincangan dengan mahasiswa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Beberapa kejadian yang berlaku di luar negara seperti di London sebelum ini yang mengundang kepada rusuhan harus dijadikan iktibar kerana ia gagal menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya merosakkan harta benda awam.
“Saya masih ingat apabila puluhan ribu pelajar di United Kingdom berdemonstrasi pada 2010 dan 2011 membantah kenaikan yuran universiti sehingga ramai pelajar dan polis cedera, banyak harta awam musnah, namun akhirnya kerajaan campuran konservatif dan Liberal Demokrat tetap menaikkan yuran selepas melakukan perbincangan dengan mahasiswa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment