Pelajar lelaki berusia 24 tahun berasal dari sini, ditahan di kampusnya kira-kira jam 1 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, untuk diambil keterangan.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub, ketika dihubungi mengesahkan penahanan pelajar terbabit selepas polis menerima laporan berhubung ugutan suspek di laman sosialnya yang disiarkan di dalam satu blog.
Beliau berkata, laporan dibuat di Balai Polis Jelutong di sini, pada jam 10.06 pagi, semalam, selepas ulasan oleh blog berkenaan terhadap perbuatan pelajar terbabit disedari beberapa pihak kira-kira jam 9.30 pagi.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan cuba menakutkan secara jenayah yang boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Timbalan Pendaftar Pejabat Naib Canselor USM, Mohamad Abdullah, berkata pihaknya sedang menunggu laporan lengkap daripada pihak polis berhubung penahanan pelajar berkenaan
No comments:
Post a Comment