8
PENGUMUMAN kerajaan khususnya melalui pembentangan Bajet Negara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang amat memberikan penekanan serius terhadap budaya penyelidikan dan pengkomersialan melalui pembaharuan inovasi produk, perkhidmatan berteknologi tinggi, terkini dan mesra pengguna, wajar dihayati masyarakat Bumiputera di negara ini.Mentaliti menadah tangan, menunggu habuan, mengharap simpati dan subsidi kerajaan semata-mata tidak akan mengubah nasib anak bangsa Bumiputera di negara ini. Pergantungan terhadap industri perkilangan, automobil, pertanian dan perladangan tidak akan berkembang hebat tanpa pengaruh dan pembabitan penemuan teknologi terkini, mudah dimiliki dan mesra pengguna.
Kerajaan melalui KPT telah menyalurkan dana penyelidikan yang besar
kepada IPT di negara ini untuk memberikan peluang kepada penyelidik
khususnya pensyarah, pelajar dan saintis untuk memberikan fokus terhadap
bidang penyelidikan, di samping membina pelbagai inkubator melalui
jaringan dan kerjasama dengan industri serta syarikat besar termasuk
Sime Darby Berhad dan Petronas.
Pendekatan kerajaan memberikan pelbagai pengiktirafan, geran
penyelidikan dan status universiti autonomi penuh, bukan untuk
meningkatkan imej, reputasi dan identiti institusi pengajian tinggi
(IPT) berkaitan dalam kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Bagaimanapun, kerajaan amat menekankan agar golongan intelektual yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah meneruskan pelbagai kajian melalui kepakaran dan minat untuk memastikan penguasaan teknologi dan kepakaran berkaitan penemuan kualiti produk serta perkhidmatan mampu dicapai dan dijual kepada negara membangun serta negara maju.
Pembudayaan berinovasi, menjalankan kajian, mencetuskan idea terkini dan berinovasi lebih mudah dipraktikkan dalam kalangan warga kampus IPT, syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan serta organisasi yang memiliki kepakaran, lokasi makmal penyelidikan yang sesuai dan kemampuan pengurusan kewangan untuk motif penyelidikan.
Kerajaan menyedari bahawa kealpaan masyarakat terlalu mengharap terhadap produk mahupun perkhidmatan lama, bakal menggagalkan hasrat untuk menekankan pendekatan Strategi Samudera Biru.
Masyarakat juga perlu berani berhadapan dengan Game Changer dalam kalangan negara membangun, contohnya Myanmar, Thailand, India dan China. Keselesaan yang wujud disebabkan negara aman damai tanpa sebarang malapetaka seperti gempa bumi, banjir besar, pertukaran cuaca mahupun musim telah menyebabkan gaya kepimpinan dan pemikiran serta kepengikutan masyarakat kita kian terpinggir dan hanya bergantung harap kepada hasil penemuan dan perkembangan teknologi negara maju.
Kesuburan tanah persekitaran yang dinamik dan kondusif menyebabkan masyarakat kita lebih selesa menggunakan kuasa kewangan untuk membeli terus sesuatu teknologi mahupun produk daripada negara maju, sedangkan dalam aspek tukaran mata wang asing, nilai ringgit bakal tergugat, walhal masyarakat dan negara yang berfikiran inovasi serta berdaya saing bakal memperoleh habuan yang lumayan dan mampu meningkatkan ekonomi negara berkaitan secara mapan.
Kerajaan melalui KPT telah menyalurkan dana penyelidikan yang besar kepada IPT di negara ini untuk memberikan peluang kepada penyelidik khususnya pensyarah, pelajar dan saintis untuk memberikan fokus terhadap bidang penyelidikan, di samping membina pelbagai inkubator melalui jaringan dan kerjasama dengan industri serta syarikat besar termasuk Sime Darby Berhad dan Petronas.
Pensyarah mahupun ketua jabatan yang terdiri daripada pensyarah dan pembantu penyelidik serta mahasiswa bakal membudayakan mentaliti keusahawanan dan kepemimpinan untuk mentadbir urus sesuatu inkubator di peringkat kampus mahupun industri.
Pemberian geran penyelidikan untuk meneruskan hasil penyelidikan melalui penciptaan prototaip mampu membawa hasil yang lebih lumayan dalam kalangan usahawan Bumiputera di negara ini.
Ramai ketua jabatan di kebanyakan universiti penyelidikan yang membabitkan bidang Kejuruteraan dan Perubatan telah mendapat manfaat daripada dana penyelidikan kerajaan, namun bidang Sains Sosial, contohnya Pengajian Islam, Komunikasi dan Perakaunan terpaksa menumpang penyelidikan secara bersama melalui bidang penghasilan produk mahupun vaksin.
Kerajaan melalui KPT, syarikat swasta serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) wajar menimbangkan agar budaya penyelidikan, pengkomersialan dan keusahawanan dijadikan kurikulum bermula di sekolah hingga ke IPT.
Pelbagai peluang dan insentif wajar ditawarkan termasuk biasiswa, penawaran pekerjaan dan gaji yang lumayan untuk menarik perhatian golongan ini menerokai bidang inovasi.
Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif, penyelidik berpengalaman wajar diberikan penekanan dalam organisasi kerajaan dan swasta. Pengiktirafan terhadap hasil kerja, penemuan produk, pembaharuan perkhidmatan, hasil penulisan perlu dilindungi sebagai harta intelek di bawah perlindungan Hak Cipta Terpelihara (IP).
Segala penemuan teknologi terkini iaitu karya, penulisan mahupun produk wajar dilindungi melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Budaya inovasi dalam masyarakat akan lebih bermakna apabila Ketua Jabatan mahupun pihak kepemimpinan kerajaan memberikan pengiktirafan dan penghargaan terhadap kakitangan di bawah jabatan masing-masing.
Apabila seorang kakitangan diberikan pengiktirafan daripada hasil usaha dan kreativiti serta melalui kepakarannya, maka pengiktirafan berkaitan akan menjadi dorongan untuk dirinya terus berjaya menempah pelbagai kejayaan, malah memberikan kekuatan dan dorongan untuk kakitangan lain berdaya saing secara sihat.
Pendekatan menghargai kakitangan yang berinovasi dan produktif bakal mendokong hasrat kerajaan untuk melahirkan jutawan dan usahawan muda sekali gus memangkin pembangunan ekonomi negara yang mapan di samping mewujudkan peluang pekerjaan.
Kegagalan mengesan, memberikan dorongan serta penghargaan kepada golongan yang berdaya saing serta berinovasi ini bakal menggugat kemampuan, ketokohan, kredibiliti serta daya juang golongan terbabit.
Pengiktirafan ketua jabatan terhadap golongan penyelidik yang membudayakan pendekatan inovasi dalam setiap lapangan dan pekerjaan serta pemikiran mereka wajar dibuat melalui Hari Penyelidikan, Penulisan dan Inovasi Jabatan masing-masing.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” - Al Hadis.
Justeru, masyarakat dan golongan ilmuwan di negara ini wajar mengejar setiap peluang dan ruang yang diberikan kepemimpinan kerajaan untuk membawa kejayaan kepada diri, keluarga, negara, agama dan bangsa serta menghadapi ujian dan cabaran dengan matang sebagai pembuka laluan kejayaan pada masa depan.
No comments:
Post a Comment