Pages

Translate

Thursday, November 17, 2011

Banjir: Persiapan dibuat pastikan calon SPM tidak terjejas

PUTRAJAYA 15 Nov. – Kementerian Pelajaran telah membuat persiapan termasuk mengambil kira kemungkinan berlaku banjir di sekolah tertentu bagi memastikan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ini, tidak terjejas.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekolah-sekolah tertentu di kawasan dan di negeri yang biasa dilanda banjir telah dikenal pasti dan penempatan akan dibuat jika sekolah mereka ditenggelami air.
"Kita telah buat persiapan, kita harap tidak akan berlaku tetapi jika ada macam tahun-tahun lepas, sekolah yang tertentu telah dikenal pasti di seluruh negara di kawasan, di negeri-negeri yang biasa dilanda banjir.
”...dan penempatan di sekolah-sekolah tertentu akan dibuat jika sekolah mereka ditenggelami air. Ini akan ditetapkan oleh pihak pengetua atau guru besar sekolah berkenaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas meninjau seramai 164 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) di sini yang sedang menduduki Kertas Bahasa Inggeris 1 bagi peperiksaan SPM 2011 yang bermula semalam.
Seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan SPM yang bermula semalam hingga 14 Disember ini di 3,533 pusat peperiksaan di seluruh negara. – Bernama

No comments:

Post a Comment