Pages

Translate

Monday, September 17, 2012

Motivasi pecutan akhir sebelum peperiksaan


Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) dengan kerjasama Utusan Malaysia menumpukan kepada slot motivasi pecutan akhir dalam setiap Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi yang digerakkan bermula bulan ini.
Pengurus Besar SMP, Noraini Nordin berkata, langkah itu bersesuaian dalam membantu pelajar meningkatkan motivasi diri mereka sebelum menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sebenar.
Malah, menurutnya, kebanyakan sekolah telah mengadakan peperiksaan percubaan dan pelajar hanya memerlukan rangsangan motivasi yang tinggi.
''Apa yang diperlukan oleh pelajar sekarang adalah program motivasi yang tinggi bagi meningkatkan fokus mereka sebelum peperiksaan nanti," katanya ketika ditemui di pejabatnya dekat Damansara, Selangor baru-baru ini.
Kata beliau, atas permintaan ibu bapa, pihaknya turut bercadang memperkenalkan modul pendidikan motivasi kepada golongan itu bagi membantu mereka menangani permasalahan yang berkaitan persiapan pelajar menduduki peperiksaan.
''Kebanyakan ibu bapa tidak memahami dan kurang pendedahan mengenai teknik motivasi yang sewajarnya dipraktikkan bagi membantu mental anak-anak yang bakal menjalani peperiksaan," katanya.
Ujar Noraini, selain slot motivasi, program lain berjalan seperti biasa seperti aktiviti mendekati kehidupan pelajar yang kurang berkemampuan bagi mengetahui kedudukan keluarga mereka sekali gus menilai tahap pencapaian akademik pelajar terlibat.
''Hal ini kerana berdasarkan kajian SMP, didapati pencapaian pelajar dipengaruhi keadaan persekitarannya. Jika persekitarannya baik maka bolehlah pelajar itu menjalani persekolahan dengan sempurna," jelasnya.
Menurut Noraini, SMP merancang untuk memperluaskan program itu ke negeri-negeri lain seperti Terengganu dan Pahang bagi kawasan Pantai Timur, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Buang fikiran negatif hadapi PMR


Pakar motivasi, Dr. Ismail Zain menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar pada Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi anjuran Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) dengan kerjasama Utusan Malaysia di SMK Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
Tinggal lebih kurang 20 hari Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan calon diingatkan supaya tidak berfikiran negatif seperti peperiksaan ialah satu bentuk penderaan, atau membandingkan diri dengan rakan-rakan yang lebih pandai secara yang boleh 'memusnahkan' diri sendiri.
Pakar motivasi Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain menasihati peserta Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi Utusan Malaysia dan Sekretariat Malaysia Prihatin di Ketereh, Kelantan supaya membuang sindrom melabel diri sendiri sebagai bodoh, lemah, malas, tidak pandai dan sebagainya mulai sekarang.
''Tiada istilah bodoh atau pandai bagi seseorang kerana semua orang ada potensi untuk berjaya dalam kehidupan,'' katanya.
Lebih 150 pelajar daripada 10 buah sekolah di Ketereh mengikuti program itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kok Lanas, baru-baru ini.
Beliau juga kurang bersetuju bila ada yang melabel waktu peperiksaan sebagai musim 'demam' kerana konotasi negatif yang dibawa oleh frasa berkenaan.
''Bila kita rasa tertekan atau suka merendahkan diri, jiwa dan motivasi kita akan menjadi rendah, sedangkan bila kita rasa seronok maka jiwa, minda dan otak kita menjadi segar,'' ujarnya.
Dalam usaha mencorakkan pemikiran yang positif, maka dalam tempoh lebih kurang 20 hari ini, calon perlu mengatasi segala dugaan seperti perasan malas, ponteng, sebaliknya berusaha menjadi pelajar yang bestari.
Menurut Ismail, pelajar bestari dan pelajar pandai adalah berbeza.
"Pelajar yang gagal bukan pelajar yang bodoh," tegasnya.
Manakala pelajar bestari pula, katanya, akan berusaha untuk menghadirkan diri dalam program-program pembangunan diri yang dianjurkan oleh pelbagai pihak, tanpa terlalu memikirkan mereka telah pandai atau belum.
''Tanam satu pemikiran, kalau menghadirkan diri dengan program-program bimbingan seperti ini, maka kita akan dapat memperbaiki markah, walaupun mungkin lima markah sahaja,'' katanya.
Antara sekolah yang menghantar pelajar ialah SMK Kok Lanas, SMK Cengal, SMK Melor, SMK Pangkal Kalong, SMK Ketereh, SMK Kadok dan SMK Long Gafar.
Program itu disulam dengan teknik menjawab soalan beberapa mata pelajaran utama, serta pameran selain suntikan motivasi.
Lebih sepuluh buah sekolah di seluruh Malaysia telah mengadakan program yang semakin popular itu.

Thursday, September 13, 2012

UTM cipta pengimbas boleh kesan keaslian sijil akademik


Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein
Muhammad Zaly Shah menunjukkan inovasi terkini yang dicipta UTM, pengesahan halal yang boleh diakses menerusi telefon pintar.
SKUDAI - Sebuah perisian baru dibangunkan bagi mengesan ketulenan ijazah oleh Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pengimbas yang diberi nama Imbas Pembaca itu merupakan sebuah sistem untuk mengesahkan identiti sekali gus dapat mengetahui sijil tersebut sah atau sebaliknya.
Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah UTM, Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein berkata, peralatan itu juga akan digunakan graduan UTM pada majlis konvokesyen institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan Oktober, nanti.
Katanya, peralatan itu dilihat bukan hanya untuk kegunaan di IPT semata-mata, malah ia bermanfaat bagi majikan atau bahagian sumber manusia untuk mengetahui graduan yang diambil bekerja menggunakan sijil yang sah atau palsu.
“Ini juga dapat menjimatkan masa kerana sebelum ini, mereka perlu menghubungi universiti untuk mendapatkan pengesahan sama ada graduan yang diambil bekerja merupakan bekas graduan daripada universiti tersebut.
“Oleh itu, setiap sijil akan dilengkapi dengan bar kod unik dan tersendiri yang menggunakan teknologi AES-128 dan perlu diimbas menerusi perisian yang dimuat turun secara percuma dari laman web yang sedang dibangunkan, www.imbas.my.
“Sistem yang pertama kali dibangunkan di Malaysia ini juga dapat digunakan untuk sijil-sijil lain. Kami tidak menjual sistem ini tetapi mana-mana IPT lain yang berminat memilikinya perlu membayar harga lesennya sahaja dan kosnya belum ditetapkan buat masa ini,” katanya kepada media, di sini, semalam.
Dalam pada itu, Muhammad Zaly Shah turut memperkenalkan satu lagi ciptaannya yang merupakan inovasi terkini dikenali sebagai pengesahan halal dan boleh diakses menerusi telefon pintar pengguna bagi memudahkan umat Islam mencari produk halal di negara ini.
Menurutnya, menerusi perisian tersebut, ia bukan sekadar dapat mengesan status sesuatu produk sama ada halal, meragukan atau tidak halal, bahkan turut dapat mengetahui maklumat berkaitan produk berkenaan.
“Pengesanan dibuat menggunakan kod bar atau kod Quick Response (Qr) pada sijil pengesahan setiap produk pada data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Apabila pengguna membuat imbasan di premis atau pada bungkusan produk, akan ada tiga paparan warna.
“Sekiranya rekod sijil itu sah, paparan akan berwarna hijau dan jika paparan berwarna kuning itu bermaksud bukan produk haram sebaliknya mungkin tarikh luput sijil halalnya sudah luput dan sekiranya paparan berwarna merah menunjukkan sijil halal telah ditarik balik.
“UTM merancang berbincang dengan Labuan Halal Hab Sdn Bhd bagi mewujudkan kod Qr pada setiap produk halal yang dikeluarkan. Perisian ini boleh diperolehi secara percuma dan mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan dengan kos RM12,000 dan dijangka dapat digunakan awal tahun hadapan,” katanya.

Sunday, September 9, 2012

Noh Omar dakwa Unisel kerugian RM54.8 juta


Datuk Seri Noh Omar
Datuk Seri Noh Omar
TANJONG KARANG - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini mendedahkan laporan audit kewangan Universiti Selangor (Unisel) yang menunjukkan universiti itu mengalami kerugian selepas cukai kira-kira RM54.8 juta bagi tempoh tiga tahun sejak memerintah Selangor pada 2008.

Menurut beliau, berdasarkan salinan Laporan Audit Unisel bagi 2009-2010, universiti yang ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM 13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010.

Noh berkata, laporan audit 2009 dan 2010 itu ditandatangani sendiri Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ogos 2011. 

"Bila saya timbulkan isu kewangan Unisel dalam keadaaan nazak, Menteri Besar begitu sombong dan ego dan sekarang saya ada salinan laporan audit universiti itu.

"Saya nak Menteri Besar menafikan laporan audit ini sekiranya ia tidak betul," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Tanjong Karang yang dirasmikan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini, hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mempertikaikan kredibiliti Abdul Khalid sebagai seorang tokoh korporat sebab gagal mengurus Unisel dengan baik. - Bernama

Saturday, September 1, 2012

Fakta Menarik , Sel-Sel Di Bawah Mikroskop

Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda. Menakjubkan...
-------------------------------------------------
telur/ovum dengan sel korona
-------------------------------------------------
sperma di atas telur/ovum
-------------------------------------------------
vilus dalam usus
-------------------------------------------------
sel kanser paru-paru
-------------------------------------------------
sel darah merah
-------------------------------------------------
neuron purkinje (lapisan pada otak)
-------------------------------------------------
hujung rambut yang pecah
-------------------------------------------------
embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)

Tips – Perkara Yang Melemahkan Ingatan


Berikut ini disenaraikan perkara-perkara yang membuat ingatan kita menjadi lemah dan menumpulkan minda. Maklumat ini saya dapat hasil daripada pembacaan artikel2 tentang kesihatan.


Saranan-saranan yang boleh diamalkan ;
  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(coke,sprite dan lain2)
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9..00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut Dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Sebaliknya…praktikkan selalu amalan seperti dibawah ini ;
  • Selalu makan buah manisan seperti kurma, madu, coklat dan lain2
  • Selalu makan makanan yang panas2
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam-ulaman
  • Selalu memandang tumbuhan/pokok hijau
  • Selalu bersenam
  • Selalu menggunakan imaginasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana di situlah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan Kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit.