MUHYIDDIN beramah mesra dengan pelajar 5A di Sekolah Kebangsaan Sentul 1.
PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan 497,691 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik sejak 2008 mengikut Gred Purata Nasional (GPN) dengan jumlah calon memperoleh cemerlang semua A sebanyak 46,012 orang.
“Selain itu, jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar berjaya dikurangkan sebanyak 0.01 peratus tahun ini berbanding tahun lalu berdasarkan GPN,” katanya pada majlis pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011, di sini, semalam.
Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah calon yang memperoleh keputusan di bawah tahap penguasaan minimum atau semua D atau E atau kombinasi kedua-duanya turut mencatatkan penurunan sebanyak 0.51 peratus atau 2,376 calon tahun ini, iaitu 13,958 calon berbanding 16,334 calon tahun lalu.
Bagi kombinasi gred lain, katanya, ada sedikit peningkatan sebanyak 0.03 peratus atau 774 calon tahun ini, iaitu 156,169 berbanding 155,395 calon tahun lalu.
“Analisis keputusan UPSR tahun ini mendapati jumlah calon berkeperluan khas berjaya memperoleh pencapaian cemerlang meningkatkan kepada 17 calon berbanding 12 calon tahun lalu.
“Daripada jumlah itu, enam calon adalah rabun, masing-masing satu pekak dan spastik serta kecacatan lain (sembilan). Sebanyak 1,329 calon berkeperluan khas menduduki UPSR tahun ini dengan GPN mereka mencatatkan penurunan sebanyak 0.01 peratus,” katanya.
Mengulas dakwaan ada sekolah memotong bayaran bantuan khas RM100 untuk pelajar, Abdul Ghafar berkata, tindakan itu tidak wajar kerana wang bantuan hak pelajar, pemberian kerajaan bagi menampung kos persiapan persekolahan tahun depan.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada semua sekolah tidak membuat pemotongan terhadap bayaran bantuan RM100 yang diberikan kerajaan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
No comments:
Post a Comment