Pages

Translate

Sunday, January 15, 2012

Lawatan sambil belajar

BAGI memberi pengalaman dan membantu pelajar meneroka prospek industri pelancongan, Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) menggalakkan penyertaan lawatan sambil belajar.
Ia turut menjadi landasan melancarkan proses pembelajaran dalam konsep praktikal sekali gus menyediakan tenaga kerja mahir selepas tamat pengajian.

Menerusi pengajian Pengurusan Pelancongan peringkat diploma dan ijazah, pelajar mendapat pengalaman sebenar sebagai penyedia perkhidmatan pelancongan.

Justeru, pelajar KLMU yang mengikuti beberapa program sambil belajar di pelbagai destinasi baru-baru ini mengakui mendapat banyak pengalaman sekali gus menjadikan mereka lebih dinamik.

 “Lawatan ini memberi kesempatan mendekati alam semula jadi yang indah selain memupuk minat mendalam menceburi bidang ini selepas tamat pengajian.

“Ia membantu memberi gambaran sebenar dunia pelancongan selain melahirkan pelajar peka terhadap kepelbagaian budaya masyarakat.

“Ini satu proses pembelajaran menarik selain membentuk semangat juang dan kesabaran tinggi dalam merealisasikan cita-cita,” kata pelajar Pengurusan Pelancongan, Leila Hamiza Bashri yang mengikuti lawatan ke Gua Tempurung, Perak.

Pelajar diploma, Mohammad Shafiq Mustafa yang mengikuti lawatan ke Pulau Pinang, berkata industri pelancongan berkembang pantas dan memberi kesempatan pelajar mempelajari pelbagai aspek berkaitan produk pelancongan mengikut ekosistem mampan yang mampu menjana pendapatan.

“Program ini mendedahkan kami konsep destinasi yang dipilih sekali gus memberi gambaran mengenai produk yang mampu dijana,” katanya.

Manakala pensyarah program berkenaan, Suryaayu Sabaruddin, berkata peluang menyertai pelbagai program lawatan itu memberi kesempatan pelajar mempelajari secara terperinci destinasi pelancongan dikunjungi.

“Selepas memperoleh pendedahan, mereka akan mempromosi kepada orang lain. Ini membantu melancarkan proses pembelajaran dengan lebih mudah selain mengembangkan industri pelancongan tempatan.

“Mereka belajar memikul tanggungjawab, menganjurkan majlis dan mempelbagaikan aktiviti untuk lebih bersedia menghadapi kerjaya sebenar,” katanya.

KLMU menekankan “Praktis Dunia Sebenar” dan pelajar didedahkan industri sebenar sepanjang tempoh pengajian.

Menerusi fakulti Hospitaliti dan Pelancongan KLMU, pelajar berpeluang menceburi pelbagai dunia kerjaya seperti pengurusan hotel, seni pastri, seni kulinari dan pengurusan hotel dan restoran juga pengurusan hotel dan konvensyen.

Hubungi KLMU di talian bebas tol 1800-88-5568, atau taip SMSKLMUMHTNAMANEGERI dan hantar ke 36600, atau layari laman web www.klmu.edu.my untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment