Pages

Translate

Sunday, March 4, 2012

Tak mampu tanggung kos’


KUALA LUMPUR: “Kami sudah memberikan notis kepada ibu bapa pada 20 Disember lalu ketika sesi pertemuan diadakan bagi memaklumkan mengenai kenaikan yuran ini serta beberapa garis panduan lain yang diperbaharui.
“Malahan, ibu bapa tahu mengenai profil kewangan Impian yang sudah tidak mampu menampung kos operasi sehingga memaksa kami untuk menganjurkan karnival baru-baru ini bagi mendapatkan dana,” kata Pengerusi Institut Masalah Pembelajaran dan Austisme Malaysia (Impian), Datin Dr K Mangalaveni.

Beliau berkata demikian pada sidang media sebagai membalas tindakan perhimpunan sekumpulan 19 ibu bapa kanak-kanak di situ yang membantah kenaikan yuran, baru-baru ini. Menurut beliau, walaupun RM60,000 berjaya dikumpulkan melalui karnival itu, namun dana terbabit masih terlalu jauh untuk menampung kos ditanggung Impian sejak ia mula beroperasi lebih 11 tahun lalu.
Katanya, pada bulan lalu (Februari) saja, pihaknya mengalami kekurangan pembiayaan RM12,000 bagi membayar gaji guru dan sewa premis

No comments:

Post a Comment