Pages

Translate

Friday, August 31, 2012

Tip Membeli Laptop Terpakai

Membeli laptop terpakai boleh menjadi pilihan menarik. Misalnya, anda ingin menjimat wang atau sekadar membelikan laptop bagi anak agar celik komputer. Apa pun alasannya, berikut beberapa tip membeli laptop terpakai berkualiti:

1. Perhatikan Bentuk Fizikal Laptop

Casis
Keadaan casis laptop menentukan apakah laptop terpakai tersebut dijaga dengan baik. Perhatikan baik-baik seluruh casis laptop sehingga anda tak menyesal di kemudian hari kerana tak memeriksa kerosakan yang ada dengan teliti.

Paparan Laptop

Paparan LCD laptop adalah salah satu komponen paling mahal. Oleh itu, pastikan paparan laptop tersebut masih mampu bekerja dengan baik.

Keyboard dan Touchpad
Pastikan keyboard dan touchpad laptop masih berfungsi dengan baik. Ini kerana mengganti keyboard dan touchpad, selain lebih mahal, ia juga tak semudah mengantikannya seperti di desktop.

2. Perhatikan Dengan Cermat Komponen Dalam Laptop

Prossesor
Buat masa ini, sebaiknya anda membeli laptop terpakai yang menggunakan prossesor yang paling minimal Pentium III. Prossesor ini masih mampu menjalankan sistem operasi modern seperti Windows XP dengan cukup baik.

Memori

Harga Memori RAM biasanya murah sekarang. Teliti kapasiti RAM dan periksa apakah boleh diupgrade dengan mudah jika suatu ketika anda menginginkannya. Disarankan agar laptop mempunyai kapasiti RAM minimal 512 Mb.

Kapasiti Harddisk

Laptop lama mungkin hanya mempunyai kapasiti harddisk maksima 40 GB, bahkan ada yang hanya 10 GB. Tentukan kapasiti yang memenuhi keperluan anda dalam menyimpan data.

Bateri

Bateri laptop terpakai biasanya lemah. Pertimbangkan apakah anda memerlukan bateri baru. Jika misalnya laptop hanya dipakai di rumah, Anda mungkin tak perlu membeli bateri baru dan boleh menggunakan tenaga elektrik di rumah saja.

3. Tanya Diri Anda

Tanyakan pada diri anda, apakah perlu membeli laptop terpakai?. Apakah laptop terpakai tersebut boleh bertahan cukup lama atau sebaiknya anda menunggu waktu untuk membeli yang baru? Ingat, harga laptop baru makin menurun seiring perkembangan teknologi. Namun jika anda sudah bersedia untuk membeli laptop terpakai setelah mempertimbangkan berbagai untung rugi, lakukan saja.

No comments:

Post a Comment