Pages

Translate

Monday, December 12, 2011

Kuiz bantu pelajar pilih kursus

KUIZ sempena kempen ‘Discover U’ anjuran Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur ( KLMU) menobatkan pemenangnya, baru-baru ini.
Mohd Shabiy Nukhari, memenangi kuiz berkenaan menerusi slogan ‘Memperoleh lebih banyak pengalaman mengenai kerjaya pilihan saya dan juga mempraktikkan apa dipelajari di institusi ini. Saya mahu memiliki perniagaan sendiri.’ 
Slogannya bertepatan dengan prinsip KLMU iaitu Praktis Dunia Sebenar di mana pe-ngetahuan diperoleh sepanjang pengajian membuka peluang memahami situasi sebenar kerjaya pada peringkat pengajian lagi.

Mohd Shabiy berkata, dia mengikuti kuiz berkenaan ketika mempertimbangkan keputusan sama ada bekerja atau melanjutkan pengajian.

Menurutnya, semua pelajar lepasan sekolah digalakkan menyertai kuiz berkenaan kerana bakal membantu mereka menemui personaliti sendiri sebelum mendaftar kursus tepat.

“Ternyata kuiz ini banyak membantu saya membuat keputusan pemilihan kursus bersesuaian dengan mengenali personaliti diri.

“Saya tidak menyangka dipilih sebagai pemenang. Bagi anda yang masih tercari-cari tempat pengajian atau kursus sesuai, sertailah kuiz ini,” katanya.

Dia kini melanjutkan pengajian di KLMU dalam Fakulti Perniagaan dan Pengurusan bagi merealisasikan cita-citanya bergelar ahli perniagaan.

Kuiz berkenaan menerima lebih 1,200 pendaftaran sejak dilancarkan pada 6 Oktober lalu dan turut disertakan buku panduan asas kursus serta kuiz ujian personaliti.

Tujuannya membantu pelajar membuat keputusan dalam memilih kursus yang tepat dan memiliki lebih pengalaman di kolej.

Ia juga direka bagi membantu lepasan sekolah mengenal pasti personaliti, kelebihan dan minat supaya boleh memilih kursus sesuai, sekali gus merancang masa depan melalui kesesuaian karier serta karektor.

Atas permintaan, peraduan itu bakal diadakan hingga 30 Mac 2012.

Bagi pelajar yang merancang awal untuk kerjaya masa depan, mereka boleh turut serta mengambil bahagian dan slogan paling kreatif berpeluang memenangi iPad2.

Pelajar juga boleh menyemak siri video komik berkisarkan rahsia fantasi, harapan dan impian bakal menampilkan tujuh watak yang merenung masa depan mereka.

Siri komik dipenuhi adegan lucu, dramatik, tragis dan me-nyentuh perasaan itu digarap dengan gaya komik retro serta boleh ditonton di www.discoveru.com.my
Kempen ‘Discover U’ adalah mengenai perjalanan ke alam dewasa selain membantu menunjuk arah dan aspirasi mengenai pilihan yang tepat.

‘Discover’ sinonim dengan pendidikan dan kehidupan kolej yang bakal ditempuhi sementara ‘U’ membawa erti ‘anda sebagai pelajar dan universiti.’

Pelajar boleh menyertai kuiz ini menerusi laman web www.discoveru.com.my atau menjawab soalan yang terdapat dalam buku panduan ‘Discover U’ dengan mengirim semula semula jawapan kepada KLMU.

Sebarang maklumat lanjut, layari www.discoveru.com.my atau hubungi talian 1800-88-5568 atau sms KLMU MADU< jarak> NAMA< jarak> NEGERI ke 36600.

No comments:

Post a Comment