Pages

Translate

Monday, January 23, 2012

Pamer hasil kerja pelajar

BERTUJUAN mempamerkan hasil kerja pelajar semester akhir Diploma Seni Bina, Fakulti Persekitaran Binaan Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) menganjurkan program ‘Architecture Profile Review’, baru-baru ini.
Pelajar menghasilkan reka bentuk seni bina menggunakan perisian terkini seperti 3D Max, Sketch Up dan Auto Cad selain lukisan kreatif yang dilukis menggunakan tangan atau kaedah lama. 
Kaedah berkomputer mampu mempercepat dan memperkemaskan hasil kerja, sekali gus memberi pendedahan mengenai perincian digunakan bagi memudahkan graduan mencari pekerjaan selepas tamat pengajian.

Antara hasil kerja dipamerkan ialah ‘The Turbulence’ ilham Nor Amirul Amin yang berkisar bentuk pergolakan angin atau puting beliung.

Pelajar semester dua Diploma Seni Bina ini mengambil masa enam minggu menyiapkannya.

Turut berlangsung Bengkel Lukisan iaitu sudut memaparkan hasil kerja pelajar dalam bentuk lukisan yang dihasil-kan menggunakan kaedah ‘unconventional’

Ia dibuat menggunakan tangan secara semberono berobjektifkan idea masing-masing dan antara penghasilan lukisan dihasilkan di tepi pantai, di kelas selain pelbagai tempat yang mampu menjadi sumber idea pelajar.

“Acara ini memberi sentuhan baru kepada pelajar dan menyuntik semangat berpasukan.

“Terima kasih KLMU kerana memberi peluang keemasan ini. Banyak ilham baru
serta kreatif mampu dijana melalui program ini,” katanya.

Ketua Jabatan Persekitaran Binaan, Nazirah Abd Shukor berkata, ini adalah kali
per-tama program itu dianjurkan.

“Ia bukan saja platform untuk mendidik malah melahirkan kesedaran kepentingan seni bina kepada semua.

“Program ini membantu mempersiapkan pelajar untuk berdaya saing dan berdikari,” katanya.

Fakulti Persekitaran Binaan turut melawat tapak projek di Terengganu untuk memberi inspirasi kepada pelajar menghasilkan karya lebih dinamik.

Seramai 30 pelajar terbabit dalam program ini termasuk pelajar baru manakala 10 karya terbaik pelajar terpilih.

Lawati laman sesawang, www.klmu.edu.my atau hubungi talian bebas tol: 1800-88-5568 untuk maklumat lanjut.

Anda juga boleh SMS dengan menaip KLMU MBE NAMANEGERI dan hantar ke 36600.

No comments:

Post a Comment