Pages

Translate

Sunday, March 11, 2012

Mahasiswa Melayu lebih menonjol



SKEPTIKAL...penyertaan mahasiswa Melayu dalam politik sering kali mengundang pandangan skeptikal pelbagai pihak. - Gambar hiasan
SKEPTIKAL...penyertaan mahasiswa Melayu dalam politik sering kali mengundang pandangan skeptikal pelbagai pihak. - Gambar hiasan

“BENARKAH mahasiswa Melayu gemar berpolitik?”
Bukan prejudis atau sinikal, namun kebangkitan ketara mahasiswa Melayu dalam gelang�gang politik sejak kebelakangan ini sukar menepis andaian itu

 ASET MASA DEPAN...perlu pandai mencorak masa depan supaya tidak kecundang hanya kerana terlalu taksub pada politik. - Gambar hiasan
 PANDUAN...perlu ada panduan diberikan kepada mahasiswa supaya mereka tidak mudah dipergunakan untuk tujuan peribadi. - Gambar hiasan
SUARA KAMI...mahasiswa sering beranggapan pentas politik kampus antara wadah terbaik untuk menyuarakan hak supaya didengari masyarakat. - Gambar hiasan



Pelbagai pihak pening melayan kerenah dan mencari jawapan paling konkrit mengapa golo�ngan terbabit bertindak demikian meskipun banyak tolak ansur diberikan.

Sukar mencari jawapan me�ngapa hanya mahasiswa Melayu lantang bersuara dan mahu menegakkan pendirian?


Mengapa bukan mahasiswa bangsa lain?

Ketua Jabatan Pengajian Kema�syarakatan dan Kewarganegaraan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Ahmad Sohaimi Lazim berkata, walaupun kurang me�nyenangkan, mahasiswa Melayu masih mendominasi tempat di institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata, pembabitan dalam politik tidak terhad kepada bangsa, namun mahasiswa Melayu lebih menguasai keadaan bertitik tolak sejarah perjuangan terdahulu.

“Justeru, mereka kelihatan lebih ‘garang’ dan terkehadapan dalam hal ini, apatah lagi jumlahnya ramai, mempunyai banyak kelebihan selain senario politik sendiri yang memerlukan sokongan mereka.

“Bagaimanapun, tanggapan mereka hanya suka berpolitik hingga mengabaikan pelajaran kurang tepat.

“Keseluruhannya, mereka masih berpijak di bumi nyata dan menjadikan politik pentas meraih pengalaman serta membina karisma diri,” katanya.

Penonjolan mahasiswa Melayu dalam politik menimbulkan reaksi berbeza dengan sebahagian besar beranggapan mereka masih mentah hingga dianggap mudah dipergunakan pihak yang mempunyai kepentingan.

Selain itu, pembabitan secara aktif atau keterlaluan dibimbangi mengganggu proses pengajian sedangkan bangsa lain bersikap ‘berdiam diri’ dan lebih menumpukan perhatian pada pelajaran.

Ditanya apakah sejarah lama banyak mempengaruhi jiwa dan perjalanan politik mahasiswa Melayu, beliau mengakuinya kerana budaya serta kekuatan golongan terbabit terbina atas dasar memperjuangkan kebenaran.

“Jika kita menelusuri sejarah dulu, mahasiswa Melayu sinonim dengan perjuangan politik. Mereka ada paksi kukuh untuk menyalurkan perjuangan.

“Justeru, apa yang berlaku kini hanyalah kerana mereka meneruskan kesinambungan perjuangan dan tradisi dulu. Bukankah masyarakat Melayu memang terkenal dengan perjuangan politiknya?

“Mahasiswa bukan Melayu pun terbabit dalam politik kampus, cuma bilangan mereka kecil berbanding pelajar Melayu.

“Politik tidak terhad kepada satu bangsa,” katanya menegaskan politik bukan pentas membawa bencana selagi ia menggunakan saluran yang betul.

“Apa dikesalkan, ramai suka melabelkan politik sebagai pentas ‘menghancurkan’ mahasiswa Melayu sedangkan mereka tidak mengkaji kelebihannya. Ibarat seperti menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.

“Politik juga pentas untuk belajar, membina kemahiran diri dan sebagainya. Saya tidak faham kenapa politik sering kali digembar-gemburkan sebagai platfom kotor.

“Seharusnya mereka beri ruang kepada golongan ini untuk mempraktikkan ilmu masing-masing,” katanya.

Politik juga boleh diibaratkan sebagai karya seni yang mampu melahirkan insan patriotik selain peka pada kehendak semasa.

“Ramai melihat politik dengan gambaran mata kasar bagaimana mahasiswa bersuara lantang, saling memprovokasi sehingga melahirkan golongan kurang bermoral.

“Tapi adakah mereka sedar pentas itu juga berjaya melahirkan ramai pemimpin?

“Mahasiswa bukan saja memerlukan suntikan akademik untuk berjaya, malah mekanisme lain sebagai sokongan. Cuma dalam hal ini (politik), mahasiswa Melayu lebih me�nguasainya,” katanya.

Beliau juga tegas menyatakan mahasiswa Melayu memang memerlukan satu pendekatan baru untuk membantu mereka melihat perspektif persekitaran dalam konteks berbeza.

“Selama ini, mereka disogokkan dengan pendidikan berasaskan akademik semata-mata sedangkan ilmu boleh datang dengan pelbagai cara. Dalam politik, mereka boleh merasai pelbagai situasi.

“Bukankah ini satu pembelajaran yang baik, praktikal dan unik? Kita mahu lahirkan graduan serba boleh dan mantap, jadi berikanlah peluang itu,” katanya.

Mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia, Idzuan Hadi Kamilan berkata, menjatuhkan hukuman dengan mengatakan mahasiswa Melayu suka berpolitik adalah pandangan kurang tepat dan berat sebelah.

Menurutnya, masyarakat perlu melihat dalam kaca mata me�nyeluruh mengapa mahasiswa Melayu begitu proaktif dalam konteks itu.

“Tidak adil mengatakan hanya mahasiswa Melayu suka berpolitik sedangkan bangsa lain tidak kisah. Pandangan itu terlalu skeptikal dan serkap jarang.

“Kebangkitan dalam politik ada sebabnya seperti mahu memperjuangkan hak dan pandangan tapi tidak juga melupakan pelajaran.

“Jangan pandang prejudis pada kami yang ingin bersuara. Ini juga akan menyebabkan orang lain berprasangka lebih buruk,” katanya.

No comments:

Post a Comment