Pages

Translate

Sunday, March 11, 2012

Pakar teknologi dunia


HARI ini, teknologi menukar setiap aspek kehidupan dan seorang profesional dalam bidang teknologi maklumat (IT) mempunyai pilihan bekerja di mana-mana industri.
ni bermaksud anda memerlukan kemahiran komunikasi yang baik, kerja berpasukan dan kemahiran pengurusan di bidang yang mempunyai daya saing mampu menyesuaikan diri, mengenal pasti masalah dan mencipta penyelesaian inovatif baru.

Inilah kisah Apple. Sehingga 1970-an, dunia pengkomputeran sangat berbeza dan ketinggalan. Komputer sangat besar dan mahal.

Hanya syarikat besar seperti organisasi kerajaan dan universiti mampu memiliki komputer.


Pertengahan 1970-an, dua pakar IT, Steve Jobs and Steve Wozniak mempunyai idea revolusi supaya setiap rumah memiliki sebuah komputer peribadi.

Dua sahabat baik itu membesar di Lembah Silikon, sebuah pusat industri �komputer Amerika dan ketika remaja mereka mencipta gajet elektronik untuk dijual.

Mereka kemudian mencipta komputer peribadi pertama di dunia yang digelar ‘Apple I’ di garaj Jobs untuk dijual kepada peminat komputer.

Didorong visi kreatif dan kesempurnaan, Jobs meminta Wozniak meringkaskan Apple I dan memasukkan papan kekunci bina dalam.

Jobs tahu untuk sesebuah komputer peribadi berjaya, ia haruslah mudah digunakan.

Visi Jobs ialah sebuah mesin semua dalam satu dan bergaya.

‘Apple II’ siap pada 1977 dan ia penemuan terbaru bagi komputer kerana lebih maju kerana memiliki perkakasan terbaru, warna grafik dan bekalan besar perisian.

Jobs menggunakan kemahiran sosial dan rangkaiannya untuk mencari pelabur dan Apple II menjadi komputer pertama di dunia yang dipasarkan secara besar-
besaran.

Namun, Wozniak perlu berhenti kerana nahas kapal terbang manakala Jobs
dipaksa keluar daripada Apple pada 1985 tetapi kembali semula pada 1996.

Di bawah kepemimpinan Jobs, Apple terus mengubah cara manusia �berkomunikasi, berkongsi maklumat dan berhibur. Suatu siri produk yang mengagumkan iMac, iPod, iTunes, iPhone, iPad dan iCloud mengubah cara hidup secara global.

Siapa tahu? Sebagai pakar teknologi, anda juga mempunyai peluang menggunakan kemahiran seperti Jobs dan Wozniak untuk mengubah dunia!

Mulakan kerjaya anda dalam Kejuruteraan & Teknologi Maklumat di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU).

Pelajar di bawah Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat boleh melanjutkan pengajian diploma dalam kursus Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Elektrikal, Teknologi Telekomunikasi atau Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

Hubungi KLMU di talian bebas tol 1800-88-5568 atau melalui SMS dengan menaip KLMUMAEINAMANEGERI dan hantarkan ke 36600. Juga layari laman sesawang KLMU di www.klmu.com.my untuk maklumat lanjut

No comments:

Post a Comment