Pages

Translate

Sunday, March 4, 2012

Seronok kenali permainan tradisi


YAKIN aktiviti kokurikulum mampu menjana penghasilan graduan kompeten, berdaya saing dan meningkatkan kemahiran insaniah pelajar, Sekolah Sains Kesihatan, Kolej PTPL Shah Alam menganjurkan program Sukan MoTrade, baru-baru ini.
Ia disertai lebih 200 pelajar dan 27 pensyarah dengan objektif memupuk semangat kesukanan selain memberi pendedahan mengenai sukan tradisional dan moden. 
Pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan mewakili nama pahlawan terbilang Melaka iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Mereka bertanding dalam permainan futsal, bola jaring, lompat getah, mangunatip, guli, sepak raga, konda kondi, sepak bulu ayam, lastik, kasut tempurung, boling kelapa dan galah panjang.

Pelajar, Syazana Mohamad menyifatkan program itu unik kerana menggabungkan permainan generasi moden dan tradisional, sekali gus memberi peluang mengenali warisan generasi lama.

“Saya teruja dan gembira menyertai permainan ini. Tidak banyak saya tahu mengenai-nya dan peluang ini memberi kesempatan kepada saya mengenali permainan warisan negara.

“Ia usaha yang baik kerana dapat beriadah secara sihat, selain memberi ilmu baru berbentuk santai bagi meredakan tekanan belajar.

“Program ini turut mengerat-kan hubungan antara rakan juga pensyarah,” katanya.

Kumpulan Hang Jebat muncul juara keseluruhan manakala Hang Tuah mendapat hadiah kostum terbaik.

No comments:

Post a Comment