Pages

Translate

Sunday, March 4, 2012

Teknologi Makmal Perubatan di Kolej PTPL


BAGI memenuhi permintaan sektor domestik perubatan negara yang sentiasa berkembang, Kolej PTPL menawarkan pengajian dalam bidang teknologi makmal perubatan.
Bidang yang melahirkan juruteknologi makmal perubatan ini bertanggungjawab me-nyediakan keputusan makmal tepat kepada doktor untuk dijadikan diagnosis dalam merawat penyakit. 
Kerjaya ini turut memfokus pada kajian atau penyelidikan bagi membantu penentuan punca penyakit, cara kawalan juga penyembuhannya, selain bertanggungjawab memberi khidmat penjagaan pesakitdi hospital.

Kolej PTPL menawarkan program Teknologi Makmal Perubatan peringkat diploma selama tiga tahun dengan pelajar didedahkan konsep pendidikan dan pengetahuan kritis sepanjang tempoh pengajian.

Ia bertujuan mempertingkat-kan pemikiran, kemahiran teknikal dan interpersonal pelajar untuk menjadi saintis makmal klinikal berjaya, Lulusan Kolej PTPL boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Management Science Universtiy (MSU) di bawah Fakulti Sains Kesihatan (FHLS).

Graduan juga boleh memohon untuk program Ijazah Sarjana Perubatan dan Pembedahan (MBBS) melalui MSU International Medical School (IMS) di kampus Shah Alam atau kampus persisir pantaidi Bangalore, India.

Pelajar usah risau mengenai yuran pengajian kerana banyak kemudahan
pinjaman disediakan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional selain badan tajaan lain.

Kolej PTPL juga menawarkan bantuan kewangan melalui Anugerah Presiden PTPL, Biasiswa Pendidikan SKOR dan pinjaman melalui institusi perbankan tempatan.

No comments:

Post a Comment