Pages

Translate

Wednesday, May 2, 2012

RM28.3j bangunkan UMS-KAL

ABDULLAH (kiri) dan Shariff (kanan) menanam pokok bersempena dengan program Kampus Ceria di Universiti Malaysia Sabah.
ABDULLAH (kiri) dan Shariff (kanan) menanam pokok bersempena dengan program Kampus Ceria di Universiti Malaysia Sabah.
Kerajaan sedia peruntukan bagi meningkatkan prasarana di kampus Labuan 

LABUAN: Kerajaan Pusat menyediakan peruntukan sebanyak RM28.3 juta untuk melaksanakan lapan projek pembangunan dan menaik taraf kemudahan asas di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) pada tahun ini.Pendaftar UMS, Datuk Abdullah Mohd Said, berkata peruntukan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu turut membabitkan pembinaan Dewan Kuliah Pusat yang menelan belanja sebanyak RM25 juta dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Februari 2013.“Empat projek bakal disiapkan pada bulan ini iaitu laluan berbumbung yang bernilai RM350,000, menaik taraf kafeteria RM340,000, mengubah suai tingkat 4, 5, 11 dan 12 RM320,000 dan pembaikan laluan kabel elektrik di kolej kediaman sebanyak RM250,000. 

“Tiga lagi projek iaitu menaik taraf kemudahan sukan yang bernilai RM1.1 juta, makmal Institute Development Bank (IDB) untuk Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL) RM1.5 juta dan menaik taraf lif RM380,000,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Kampus Ceria 2012 di UMS Kampus Antarabangsa Labuan, dekat sini, baru-baru ini. 

Hadir sama Dekan Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL), Dr Ag Asri Ag Ibrahim; Timbalan Dekan Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (SPKAL), Lee Hock Ann dan Timbalan Pendaftar UMS-KAL, Zamri Mohamad Tuah. 

Pada majlis itu, beliau yang diiringi Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Prof Dr Shariff Abdul Kadir Omang turut melawat projek berkenaan selain bergotong-royong menyiapkan projek di Zon Laman 1Malaysia, Zon Danau Damit dan Zon Replika Al-Haj. 
Program Kampus Ceria yang bertemakan Kampus Ceria Warga Cergas telah diilhamkan oleh Naib Canselor UMS, Prof Datuk Seri Panglima Dr Kamaruzaman Ampon hasil kesinambungan program Gotong-Royong Perdana 1 Malaysia yang dilancarkan, tahun lalu. 

Abdullah berkata, kewujudan UMS-KAL bukan saja membantu menjana ekonomi, industri pelancongan dan pertambahan penduduk Wilayah Persekutuan Labuan dengan kehadiran pelajar dan pensyarah tempatan dan luar negara, bahkan juga menyuntik semangat generasi muda untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. 

“Kewujudan UMS-KAL juga telah menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan selain mengeratkan hubungan dua hala antara universiti dengan masyarakat setempat,” katanya.

No comments:

Post a Comment