Pages

Translate

Monday, July 30, 2012

40 ditauliah leftenan muda


SAAT gembira bagi 40 mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) daripada Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) apabila ditauliahkan sebagai leftenan muda dalam pasukan simpanan Angkatan Tentera Malaysia, baru-baru ini.
Majlis pentauliahan ke-31 yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah itu disempurnakan Ahli Jemaah Pemang�ku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Salehuddin Sultan Badlishah. 
Pasukan PSSTUDM UIAM turut mencatat sejarahnya tersendiri kerana menjadi kumpulan pertama PSSTUDM UIAM ditauliahkan sejak penubuhannya.

Tujuan istiadat pentauliahan diadakan sebagai peng�iktirafan kepada pegawai kadet muda yang begitu bersemangat dan tekun menamatkan latihan ketenteraan selama 240 jam setahun untuk latihan tempatan dan 350 jam latihan berterusan mana�kala semua latihan dijalankan selama tiga tahun.

Leftenan Muda Muhamad Hazwan Abu Hassan juga melakar sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai Pegawai Kadet Terbaik Palapes TUDM UIAM.

Pemilihan mahasiswa jurusan kejuruteraan pembuatan ini sebagai pegawai kadet terbaik kerana sepanjang tempoh latihan, beliau berjaya memberi komitmen tinggi dalam semua aktiviti beruniform atau yang bukan uniform.

“Ini adalah kejayaan yang sangat berharga dan besar untuk saya kerana pelbagai dugaan perlu ditempuhi. Anugerah ini dapat memotivasikan diri saya agar
lebih berusaha pada masa depan.

“Anugerah ini juga menjadikan saya semakin berminat dalam kerjaya beruniform.
Saya berharap apa dipelajari ini mampu menjadi panduan dalam kehidupan dan
mendidik saya menjadi anggota masyarakat berguna pada bangsa dan negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment