Pages

Translate

Monday, July 23, 2012

Pilihan Nor tepat


MINAT mendalam dalam pendidikan prasekolah kanak-kanak menjadi pemangkin kepada Datin Nor Hidayawati Jaafar memulakan langkah dalam perniagaan francais Smart Reader Kids.
Lapan tahun berkecimpung, akhirnya dia membuktikan pilihannya tepat kerana kini mempunyai enam cawangan Smart Reader Kids di Bandar Baru Bangi, Selangor. 
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), dia berminat dalam pendidikan prasekolah kanak-kanak kerana yakin aspek diketengahkan di Smart Reader Kids selari dengan minat kanak-kanak iaitu belajar melalui bermain.

“Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang diwarnai dengan aktiviti bermain, meluaskan minda kanak-kanak, malah memberi peluang mereka meneroka, menjelajah, bertanya mengenai penemuan dan pembinaan sahsiah diri secara semula jadi.

“Ini satu proses digemari mereka dan tidak dapat dipisahkan. Justeru, konsep pendidikan seperti ini memang sesuai,” katanya.

Smart Reader Kids juga menekankan proses pembelajaran berasaskan pengalaman pembelajaran bagi mengasah bakat dan potensi pelajar terutama dalam aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan memasuki sekolah rendah.

Bersama Smart Reader Kids, dia memenangi beberapa anugerah antara-nya Pencapaian Terbaik Usahawan Francais Wanita 2011 di Stevie Awards New York, Amerika Syarikat, Anugerah Usahawan 2008 (Malaysia-Canada Business Council), Anugerah Usahawan Muda 2008 dan Anugerah Francaisi 2009 (Persatuan Francais Malaysia) selain merangkul Anugerah Kategori Platinum dan Diamond pada Malam Anugerah Francaisi Smart Reader Worldwide pada 2009 dan 2010.

“Saya cukup bertuah kerana dapat melakukan usaha ini selari dengan minat, malah memberikan kejayaan yang cukup membanggakan.

“Saya bertekad menjadikan Smart Reader Kids jenama pendidikan kanak-kanak terunggul,” katanya.

Hubungi SmartLine 1-300-82-5555 atau layari laman web www.smartreader.edu.my atau www.smartreaderkids.edu.my untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment