Pages

Translate

Monday, July 23, 2012

KLMUC lakar sejarah


PELAJAR Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) melakar sejarah apabila memenangi anugerah dalam Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia Ke-9 (FFVPM9) di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, baru-baru ini.
L Mugunthan memenangi anugerah terbaik untuk Pengumuman Perkhidmatan Awam (PSA) bertajuk, ‘Stay Fit’ sekali gus membanggakan KLMUC dalam melahirkan insan kreatif. 
“Saya bangga dengan kemenangan ini, sekali gus membalas segala kerja keras yang dilakukan sebelum ini.

“Kemenangan ini turut membanggakan KLMUC kerana dapat mengharumkan nama institusi biarpun terpaksa bersaing dengan institusi lain,” katanya.

FFVPM9 adalah acara kebangsaan yang dianjurkan Fakulti Perfileman, Teater & Animasi UiTM dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Objektif utamanya merangsang pertumbuhan industri filem dengan menyediakan saluran bagi bakat muda memaparkan kreativiti dan kemahiran masing-masing.

Sebanyak 251 karya filem dari 23 universiti awam dan 21 institusi pengajian tinggi swasta bersaing dalam majlis yang berlangsung selama tiga hari dari 21 hingga 23 Jun lalu.

Tujuh kategori yang dipertandingkan ialah filem/video pendek, filem/video dokumentari, filem/video eksperimental, filem/video animas, iklan komersial televisyen, perkhidmatan awam dan klip video muzik.

Ketua Penyiaran & Filem KLMUC, Wan Saliza Wan Salim berkata, kejayaan itu membuktikan nilai kreativiti menjadi antara elemen penting membina minat serta kejayaan pelajar.

“Di KLMUC, kami percaya kreativiti adalah satu kemahiran yang diperlukan setiap pembuat filem. Pelajar KLMUC dilatih melaksanakan tugas secara kreatif di hadapan kamera mahupun di belakang tabir.

“Pelajar mendapat pembelajaran secara langsung mengenai keseluruhan proses kreatif selain pendedahan dalam pelbagai persaingan industri yang menyumbang pada keyakinan dan kemahiran insaniah, katanya.

Hubungi laman sesawang KLMUC di www.klmu.com.my. Hubungi talian bebas tol KLMUC di 1800-88-5568 atau SMS dengan menaip KLMU MAGNNAMANEGERI dan hantarkan ke 36600 untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment